KERANA JURUTERBANG RIBUAN PENUMPANG TERKANDAS


Ruang legar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) menjadi kecoh semalam gara-gara banyak penerbangan terutama penerbangan domestik terpaksa ditangguhkan dan dibatalkan akibat beberapa masalah.

Dikatakan punca penerbangan banyak dibatalkan adalah kerana beberapa juruterbang gagal hadir bertugas kerana demam selsema. Beberapa penerbangan Air Asia terpaksa ditangguhkan dan ada yang dibatalkan setelah ditangguhkan selama beberapa jam.

Keadaan itu menyebabkan kesesakan di ruang legar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kerana penumpang beratur untuk masuk ke kaunter daftar bagi menuju ke terminal pelepasan. 

Ada beberapa penumpang yang terpaksa menunggu sehingga lebih tujuh jam sementara menanti penerbangan seterusnya, sekaligus menimbulkan kemarahan penumpang. Difahamkan kesesakan penumpang bermula malam kelmarin selepas beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa terpaksa dibatalkan disebabkan ketiadaan juruterbang gantian.

Jurucakap Air Asia ketika dihubungi mengesahkan bahawa seramai 13 juruterbangnya tidak dapat hadir bertugas sejak kelmarin dan semalam apabila mengalami jangkitan demam selsema. Sementara itu, rata-rata penumpang yang ditemui melahirkan rasa kecewa dengan kelewatan penerbangan berkenaan. Ramai diantara mereka terpaksa menangguhkan / membatalkan urusan kerja mereka kerana kelewatan / pembatalan penerbangan tersebut. Apa yang menambahkan lagi kekecewaan mereka adalah tiada tindakan proaktif daripada Air Asia tentang pengumuman tentang penangguhan dan pembatalan penerbangan. 

"Saya langsung tidak diberitahu tentang penangguhan penerbangan sehingga 7 jam dan akhirnya penerbangan dibatalkan! Ini sangat mendukacitakan" kata Razif, agen insuran
Di laman Twitter juga menunjukkan CEO Air Asia, Tony Fernandes memberikan maklumbalas tentang punca kejadian tersebut berlaku.
"@wafi_nha @AirAsia poor show by guest service. unfortunately had 13 pilots sick which caused flight issues @aireenomar is on top of this" kata Tony Fernandes di laman Twitternya. 




Kongsi Di Google Plus

About Ismarul Nizam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

Ingin dapatkan berita terkini daripada Langkah Jauh?