GANTUNG DIRI KERANA TERLEPAS "FLIGHT"

Seorang perempuan warga Britain telah membunuh diri selepas beliau terlepas penerbangan di Turki. Punca sebenar beliau membunuh diri kerana beliau tidak mampu membeli tiket yang baru untuk penerbangan tersebut, menurut media tempatan Turki.
Warga Britain yang berusia sekitar 50-an, Jacqueline Anne Sutton dalam penerbangan dari London ke Iraq untuk melawat Erbil yang terletak di utara Baghdad. Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul pada Sabtu lepas dan dijadualkan berlepas dua jam selepas itu, tetapi beliau telah terlepas penerbangan tersebut.

Kakitangan penerbangan yang bertugas berkata bahawa pihak syarikat penerbangan tidak bertanggungjawab terhadap situasi yang dihadapi oleh beliau dan menyatakan bahawa beliau perlu membeli tiket penerbangan yang baru, tetapi Sutton memberitahu bahawa beliau tidak mampu untuk membeli tiket penerbangan yang baru. 

Selepas diberitahu tentang perkhabaran tersebut, Sutton bertindak pergi ke bilik rehat di kawasan lapangan terbang tersebut dan menggantung diri menggunakan tali kasit beliau. Mayat beliau yang sedang tergantung ditemui oleh tiga orang penumpang warga Russia yang memasuki bilik rehat tersebut. Mereka kemudiannya memanggil pasukan perubatan tetapi ia sudah terlambat untuk menyelamatkan nyawa Sutton.

Macam-macam hal sekarang ni. Kepada mereka yang suka mengembara terutama ke luar negara, amik serius setiap perkara yang berlaku, akan berlaku dan telah berlaku. Dari segi persiapan, perlulah mempersiapkan diri anda dengan bagus, baik dari segi kelengkapan, kewangan, masa dan lain-lain lagi.Anda boleh tengok dalam blog saya beberapa tips yang boleh anda ambil sebelum memulakan sesuatu perjalanan ke sesuatu tempat.

Dalam kita berseronok berjalan ke tempat orang, jangan kita lupa "Terlampau gembira ketawa, nanti datang celaka"

www.LANGKAH-JAUH.blogspot.my


Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan