LAPORAN PENUH TRAGEDI MH17. DALANGNYA SIAPA??



Satu sidang media telah dibuat oleh pihak berkuasa Belanda yang telah membuat siasatan tentang nahas kapal terbang Malaysia Airlines iaitu MH17 yang ditembak jatuh di sempadan timur Ukraine - Russia. Tragedi itu yang mengorbankan kesemua anak kapal serta penumpang pesawat tersebut telah menggemparkan dunia terutama Malaysia yang mengalami insiden pesawat tiga kali berturut-turut.

Siasatan yang telah dibuat selama 15 bulan itu masih belum menyebut siapakah dalang disebalik tragedi itu, tetapi ada laporan menyatakan Ukraine adalah negara yang bertanggungjawab terhadap tragedi itu memandangkan senjata itu tidak lagi berada di dalam simpanan pihak Russia dan hanya digunakan oleh Ukraine. 

Sidang media itu yang diketuai oleh Lembaga Keselamatan Belanda, Tjibber Joustra berkata, mereka menunjukkan bagaimana saat akhir pesawat Boeing 777 itu terbang sebelum meletup dalam bentuk animasi.

Selain daripada laporan berbentuk animasi, mereka juga membina semula pesawat tersebut berdasarkan serpihan pesawat yang berkecai yang dicantum semula. Kepala peledak yang dilancarkan daripada sistem peluru berpandu Bulk itu meletup hanya beberapa meter dari kokpit MH17, membunuh semua anak kapal dan penumpang di dalamnya. 


Laporan itu yang telah diterbitkan secara "online" boleh dibaca di laman web DSB, tetapi buat masa kini ia tidak dapat diakses kerana trafik yang terlalu sesak. DSB telah membuat kesimpulan siasatan secara rasmi dan berharap ia dapat membantu mengelakkan bencana yang serupa berulang lagi. 

Joustra berkata penyiasatan forensik yang lebih perlu dilakukan untuk menentukan kawasan yang tepat bagi pelancaran peluru berpandu itu yang tidak dilaksanakan oleh DSB.

Siasatan mendapati peluru berpandu itu boleh dilancarkan dengan jarak sekitar 320km persegi di timur Ukraine berdasarkan simulasi yang telah dibuat oleh DSB. Arah letupan datang dari arah mana juga ditentukan daripada kotak hitam yang mencatatkan puncak bunyi dalam miliseconds terakhir yang mengesahkan arah letupan.

Laporan penuh siasatan boleh dilihat di dalam Youtube. 




Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan