VENICE YANG TERKENAL DI DUNIA TERLETAK DI CHINA ?!

Kini anda tidak perlu lagi ke Venice, Itali untuk menikmati keindahan bangunan kiri kanan sambil duduk bersantai di atas bot kerana kini ia telah wujud di China. Orang China ni memang hebat belaka kalau bab meniru.

Sebuah bandar di China, Dalian yang terletak di wilayah Liaoning telah membelanjakan hampir 5 bilion Yuan untuk membina sebuah bandar replika yang hampir menyerupai bandar terkenal di Itali iaitu Venice. 

Media China melaporkan bahawa ianya adalah palsu dan sebenarnya Venice "palsu" itu tidak wujud. Berita itu telah menjadi bualan hangat netizen di China terutama di media sosial mengenai status berita itu. Ramai netizen China menyokong projek komersil tersebut dan mengkritik media dengan penggunaan perkataan "palsu".

Foto yang dimuatnaik di laman sosial menunjukkan pelancong boleh menaiki bot melalui terusan seperti yang terdapat di Venice, Itali yang terkenal dengan bandar atas air. Siapa yang tidak tahu tentang Venice yang sememangnya menjadi tempat bulan madu yang romantik paling popular di dunia. 

Huraian berita daripada gambar-gambar yang dikatakan palsu itu membawa rasa tidak puas hati orang ramai.

"Sebuah syarikat yang tidak mahu menghabiskan wang syarikat mereka dengan membayar cukai semata-mata telah membangunkan satu projek komersil, di mana kebanyakan kawasan di situ adalah bebas kepada orang ramai dan seni bina bangunan di situ adalah sangat baik. Saya tidak tahu mengapa media mengatakan bahawa ini adalah versi "palsu". kata seorang pengguna sosial yang dikenali sebagai Squibs@GraceDoggie.
"Kenapa media sentiasa memanggil kawasan komersil itu sebagai "Venice Palsu"?. Saya telah berada di sana dan ia sangat indah dengan suasana sastera dan seni". kata Guairongxin
"Saya tidak bersetuju dengan perkataan negatif 'palsu' yang digunakan oleh media. Bandar ini merupakan satu simbol pelancongan yang sangat menarik dan mampu membuatkan syarikat-syarikat perniagaan membuat pelaburan di sini." kata Xiaolaohu.

"Venice Palsu" yang dibina berdekatan dengan pelabuhan Dalian itu meliputi keluasan lebih daripada 40,000 meter persegi. Bandar tersebut telah direka oleh sebuah syarikat Perancis yang terkenal. Syarikat yang melabur projek itu, Haichang telah membelanjakan kira-kira 5 bilion Yuan ( 787,000,000 USD) untuk menjayakan projek itu. 





www.LANGKAH-JAUH.blogspot.my
Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan