PENUMPANG DUDUK DI SEBELAH ORANG ASING YANG SAMA RUPA !

Pernah anda berjumpa seseorang yang mukanya seiras dengan anda? Lelaki ini berjumpa dengan sesuatu yang sangat menarik apabila beliau duduk di sebelah individu yang tidak dikenali yang mukanya hampir sama seperti beliau. Perkara ini dinamakan "Doppel Ganger".

Lelaki berjambang ini telah bertemu pasangannya dan beliau sangat gembira bertemu seseorang yang iras hampir sama seperti beliau. Mereka berselfie bersama dan gambar mereka dimuat naik ke Twitter oleh seorang kenalan yang dikenali sebagai Lee Beattie. Gambar tersebut menjadi bualan hangat orang ramai di laman sosial dan ramai berkata beliau sangat beruntung kerana dapat berjumpa 'kembar' beliau.



"Guy on right is the husband of my friend @elrottencrotch. Guy on left is a STRANGER he met on a flight last night!" - kata Lee Beattie
"Saya tidak dapat berhenti daripada ketawa apabila melihat gambar mereka"
Tweet Lee mendapat maklum balas daripada pengikutnya dan akhirnya mereka berjumpa juga lelaki yang hampir sama iras muka suami rakan mereka.


Para saintis telah mengakui bahawa doppelgangers secara statistiknya memang terjadi. Walau bagaimanapun, kemungkinan untuk berjumpa mereka yang mempunyai muka yang sama adalah sangat tipis. Kebanyakan manusia ingin mencari wajah manusia yang iras dengan muka mereka dan akan cuba untuk mencarinya walaupun peratus untuk berjumpa adalah hanya 5% sahaja.

Daniele Podini, seorang saintis forensik dan pakar pengiktirafan muka di Universiti George Washington di Washington DC berkata, berdasarkan jumlah manusia, gen kita boleh tergabung secara rawak, ia mungkin menjadi sebab bahawa beberapa orang manusia di bumi ini kelihatan sama.

Beliau juga berkata bahawa tidak dinafikan bahawa seseorang yang kelihatan hampir sama dek kerana persepsi "muka kita sama" dan didorong atas pengalaman sendiri.

"Apabila kita melihat wajah, setiap aspek muka orang itu menjadi sebahagian daripada kod. Anda mungkin membaca muka seseorang itu melalui mata, mulut dan hidung. Saiz dan tenungan mata itu menentukan cara kamu melihat seluruh mukanya".
Dikatakan di dalam dunia, setiap manusia mempunyai 7 orang yang mempunyai muka seiras dengannya.

Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan