PESAWAT RUSIA BAWA 200 PENUMPANG TERHEMPAS DI MESIR



Sebuah pesawat penumpang Rusia telah terhempas di pusat bandar Sinai, Mesir yang membabitkan lebih daripada 200 penumpang dan anak kapal dan insiden tersebut telah disahkan oleh pejabat Perdana Menteri Mesir dalam satu kenyataan media.

Pejabat Perdana Menteri Sharif Ismail dalam kenyataan yang sama juga berkata bangkai pesawat tersebut telah ditemui di kawasan pergunungan di Sinai.
"45 ambulans telah dikerahkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang cedera dan maut. Perdana Menteri dijangkakan akan mengadakan pertemuan dengan kementerian-kementerian serta pihak berkuasa yang berkaitan bagi mendapatkan perkembangan terbaru insiden pesawat Rusia itu," tambah kenyataan itu,
Sementara itu, pihak berkuasa penerbangan Rusia Rosaviatsiya berkata dalam satu kenyataan bahawa penerbangan bernombor 9268 meninggalkan Sharm el-Sheikh pada 6:51 pagi waktu Moscow dan dijangka tiba di Lapangan Terbang St Petersburg Pulkovo jam 12.10 tengah hari.

Pihak berkuasa berkata, pesawat itu gagal membuat hubungan radio yang dijadualkan dengan pusat kawalan trafik udara Cyprus, 23 minit selepas berlepas dan hilang daripada radar.


Pesawat model Airbus A-321 baru sahaja berlepas dari Sharm el-Sheikh di Laut Merah, dalam perjalanan ke bandar St Petersburg, Rusia.

Terdapat beberapa laporan yang bercanggah mengenai nasib pesawat itu, ada yang mendakwa ia telah hilang di Cyprus. Kebanyakan penumpang pesawat yang dikendalikan syarikat penerbangan Russia, Kogalymavia, itu dikatakan pelancong Rusia.

Laporan terkini mengatakan pesawat tersebut membawa seramai 217 penumpang dan tujuh anak kapal.


Sumber :Astro Awani
Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan