LANGKAH JAUH KE GUNUNG DATO, REMBAU

#LangkahJauh ke Gunung Dato, Rembau, Negeri Sembilan


Kali ini saya kembali ke "outdoor activity'. Setelah ke Lepoh, saya ke Gunung Dato pula. Sebagai host dalam aktiviti ini memandangkan jarak antara Port Dickson ke Rembau tidaklah begitu jauh, sekitar 30 minit perjalanan menaiki kereta. Perancangan selama seminggu untuk aktiviti ini membuahkan hasil. Seperti sebelumnya, masih lagi bersama geng-geng yang melakukan aktiviti di Lepoh, rujuk artikel (http://langkah-jauh.blogspot.my/2015/01/lepoh-waterfall-hulu-langat.html) .

Pada asalnya, perancangan bermula pada tengahari. Tetapi berganjak sehingga ke petang kerana terdapat beberapa masalah ketika perjalanan. Jangkaan saya, sekitar jam 4 petang, kami sudah memulakan pendakian yang mengambil masa sekitar 2 jam secara santai. Setelah sampai di tempat letak kereta di pintu masuk Gunung Dato, jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Kami mengambil keputusan untuk memulakan pendakian selepas maghrib. Setelah melakukan semua persiapan termasuklah membuat pembahagian makanan, kami memulakan pendakian pada pukul 8 malam, seramai 15 orang.


Pendakian pada malam hari sebenarnya mencabar dari segi kekuatan, ketahanan & mental. Berbeza apabila pendakian siang hari kerana apabila malam, hanya bergantung pada bantuan lampu untuk suluhan pada trek. Jika di siang hari, kita masih lagi mampu melihat keadaan sekeliling dan memerhatikan situasi yang berbahaya. Apabila pendakian pada waktu malam, kita akan menjadi dua kali ganda lebih peka terhadap sekeliling. Belum lagi apabila mendengar bunyi pelik-pelik yang kadang-kadang agak menyeramkan. Bagi saya, itu adalah normal kerana nama pun hutan. Sekitar pendakian 15 minit, saya sudah nampak kumpulan kami akan berpecah kepada beberapa kumpulan kerana sudah nampak pace / kelajuan setiap ahli yang berbeza-beza. Saya memilih untuk menjadi sweeper kerana muatan yang dibawa agak berat dan mahu menyimpan tenaga selain kami tidak mengejar masa. 

Seperti yang dijangka, kami berpecah kepada tiga kumpulan iaitu Lead, Moderate, Behind. Tetapi apabila tiba di checkpoint, kumpulan pertama tetap perlu menunggu kumpulan yang dibelakang untuk memastikan semua ahli berjaya sampai. 

Kami berjaya sampai di puncak sekitar jam 11 malam. Mungkin ramai yang masih tidak biasa dengan pendakian malam. Sebenarnya saya lebih suka pendakian malam kerana ia kurang memenatkan walaupun keadaan gelap yang agak menyeramkan. Semasa tiba di puncak, keadaan angin agak kuat dan merbahaya. Kami perlu menjaga setiap langkah di atas puncak untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Memandangkan perancangan asal kami untuk tidur di dalam gua di bawah puncak, kami tidak membawa sebarang khemah. Kesilapan saya adalah tidak membawa baju sejuk, tetapi mujurlah masih ada sleeping bag. Sekurang-kurangnya saya tidak mati kesejukan. Keadaan angin yang sangat kuat menyebabkan saya sukar untuk menyalakan unggun api, sehingga tidak mampu menyalakan api menggunakan pemetik api. Mujurlah saya sentiasa membawa flare yang menjadi barang wajib untuk dibawa apabila mendaki ataupun berkhemah. 



Sekitar 4 pagi di puncak

Suasana pagi di puncak





Sekitar jam 11 pagi, kami mula mengemas tapak perkhemahan kami. Memandangkan hari Ahad, ramai orang yang mula berkumpul di puncak. Masa untuk pulang!. Setelah membuat sedikit gerakan pemanas badan, kami memulakan langkahan menuruni Gunung Dato.

GPP : Destroyer on Out Of Control


Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan