Pada setiap tahun, UN akan mengumumkan senarai "World's Happiest Countries" untuk dilawati oleh orang ramai. Senarai itu berdasarkan kepakaran dalam ekonomi, psikologi, kesihatan dan polisi awam. Walaupun tempat-tempat ini bukanlah tempat tinggal anda, anda boleh dan harus melawat tempat-tempat ini. Kami senaraikan 10 tempat terbaik bagi kategori "World's Happiest Countries".
1. SWITZERLAND
Lawati Lucerne ketika akhir musim sejuk (Carnival Of Basel), pesta cahaya yang sangat meriah sambil dipadatkan dengan konsert, pameran tanglung, perarakan dan banyak lagi yang sangat seronok.
2. ICELAND
Terletak di tanah tinggi Iceland, Landmannalaugar, seperti di dalam foto adalah tempat yang sangat baik untuk mereka yang gemarkan aktiviti mendaki. Pemandangannya cukup menakjubkan. Ramai yang hanya tahu "Blue Lagoon" di sana yang sangat popular kerana dapat merasa kolam air panas di tempat yang sangat sejuk.
3. DENMARK
Kalau anda hendak tahu, Denmark merupakan antara negara yang terbersih selain daripada Kanada. Selain daripada menjadi salah satu negara yang paling seronok untuk dilawati, Aarhus juga terpilih dalam senarai "World's Happiest Cities". Ia merupakan tempat yang berjiwa muda kerana populasi mereka yang muda meningkat sebanyak 13 peratus setiap tahun daripada keseluruhan populasi sebelum ini.
4. NORWAY
Anda boleh lihat gambar di atas. Sangat indah bukan. Bagi mereka yang gemarkan kembara dan mendaki, pasti anda tahu Pulpit Rock. Tempat ini sangat popular untuk pemandangan yang sangat super!. Untuk sampai ke puncak Pulpit Rock, ia memerlukan perjalanan kira-kira 2 jam, tetapi apabila anda sampai di sana, segalanya tidak terasa dengan masa.
5. CANADA
Seperti yang dikatakan, Kanada merupakan antara negara yang terbersih di dunia. Mempunyai 4 lembah / gurun di sepanjang sungai di barat laut Taman Negara Nahanni Canada. Untuk beberapa hari tinggal di sana, anda dapat melakukan beberapa aktiviti yang menyeronokkan seperti berkanu, berkayak, rafting dan berjalan di beberapa tempat yang menjadi tarikan pelancong di situ.
6. FINLAND
Taman Negara Riisitunturi yang terletak berhampiran dengan Posio di selatan Finland, ia nampak seperti hutan snowman. Kawasan itu boleh menjadi kawasan yang sukar untuk diterokai terutama ketika salji menjadi keras, namun tempat itu mungkin menjadi kegemaran bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak.
7. NETHERLANDS
South Of The Hague, pusat bandar yang sibuk dan bersejarah, yang terkenal dengan terusan. Anda boleh berjalan-jalan sekitar bandar melalui banyak jalan sambil dihiasi bangunan-bangunan bersejarah yang indah seperti dalam gambar.
8. SWEDEN
Kawasan tepi laut di Marstrand terkenal dengan kubu bersejarah Carlsten pada abad ke-17. Ia juga merupakan tempat pelayaran paling popular dan menjadi tuan rumah bagi Match Cup Sweden yang merupakan kejohanan berprestij yang menjadi tarikan pelayar terbaik seluruh dunia.
9. NEW ZEALAND
Tongariro merupakan taman negara tertua di New Zealand dan merupakan 4 taman negara yang telah lama wujud di dunia. Tempat ini juga disenaraikan dalam UNESCO World Heritage Site dan di situ terdapat bukan 1 gunung berapi, tetapi tiga!
10. AUSTRALIA
Uluru ataupun dikenali sebagai Ayers Rock, yang terletak di wilayah utara Australia juga merupakan tempat yang disenaraikan dalam UNESCO World Heritage Site. Ribut pasir yang muncul di situ akan menukar warna di sekeliling tempat itu untuk beberapa kali pada setiap tahun terutama ketika matahari naik dan tenggelam. Apabila ia mula hilang, cahaya merah romantik akan kelihatan. Sangat menakjubkan.
0 komen :
Catat Ulasan