LANGKAH JAUH KE CEBU, FILIPINA


#LangkahJauh ke Cebu, Filipina


Kali ini saya ke tempat yang dianggap masih baru dalam penerbangan Air Asia iaitu Cebu, Filipina. Lupakan sebentar tentang Indonesia dan saya akan ceritakan kembara saya ke Filipina pula. 

Memandangkan tiket ke Cebu ini sudah lama saya beli ketika awal promosi laluan penerbangan baru Air Asia, hampir terlupa akan tiket ini. Pada mulanya saya seperti hampir terlepas kembara ini memandangkan saya baru selesai pembedahan mata. Atas nasihat doktor, saya memerlukan rehat yang cukup serta perlu menjaga kebajikan mata yang agak sensitif. Baru tiga hari pembedahan sudah hendak berjalan ke tempat lain. Disebabkan tiket dah dibeli, kawan pun beria-ia ajak, terpaksalah saya pergi juga dengan mata yang masih belum sembuh sepenuhnya. Setelah perjalanan 2 jam 45 minit, akhirnya saya tiba juga di Lapangan Terbang Mactan-Cebu.


Tarian Sinulog sempena Festival Sinulog
15 Jan 2015

Kembara saya bermula di KLIA 2 sekitar 10 pagi. Perjalanan mengambil masa sekitar 3 jam 35 minit. Waktu asal penerbangan adalah 4 jam, oleh kerana pelepasan yang cepat dan cuaca yang cantik memendekkan sedikit masa perjalanan. Walaupun sudah mula berasa bosan, lapar, lenguh kaki, tetapi saya ada 'partner' yang best yang dapat menghiburkan sedikit saya ketika dalam pesawat. 


Tiba di Mactan-Cebu International Airport, saya disajikan dengan tarian Sinulog ( ada nama lain tetapi tidak ingat), sempena Festival Sinulog di sana pada 17-20 Jan. Festival ini diadakan pada setiap hari Ahad pada minggu ketiga setiap bulan Januari, untuk memberi penghormatan kepada Lord & Divine protector of Cebu ( Holy Child Jesus Of Cebu) serta pengembara Portugal bernama Ferdinand Magellan. 

Harga pengangkutan
Di lapangan terbang, kami mencari teksi yang berwarna kuning, tetapi memandangkan masa yang sangat singkat dan tiada persediaan rapi untuk kembara ini, kami ambil sahaja teksi yang disediakan di lapangan terbang. Sekitar 800 peso dikenakan untuk satu van untuk perjalanan dari lapangan terbang ke South Bus Terminal. Satu benda yang menjadi kejanggalan pada saya pada permulaan berada di sana adalah, terpaksa menukar mode "Left side driving" walaupun saya tidak memandu. Terasa agak menakutkan pemanduan kiri ini. 


Bila tiba di South Bus Terminal, cari bas Ceres Liner berwarna kuning dan cari bas ke Bato Oslob. Bas tersebut akan menghala ke arah Tan'Awan / Oslob / Barilli. Tambang sekitar 200-300 peso yang mengambil masa perjalanan sekitar 4 jam. Bagi yang gayat pada kelajuan, tidak disarankan untuk duduk di bahagian depan kerana anda sudah rasa pemandu bas di Malaysia cukup laju? Tidak sama sekali kerana di sana pemandu bas lebih gila.

Di dalam bas terdapat 3 tempat duduk di sebelah kiri manakala 2 tempat duduk di sebelah kanan. Lebih baik ambil 2 tempat duduk berbanding 3 tempat duduk.

p/s: Jangan merokok di teminal bas. Nanti akan disaman.

South Bus Terminal
Tanda BATO OSLOB
Bas Kuning - Ceres Liner
Menjelang petang sepanjang perjalanan, saya agak enjoy sepanjang perjalanan sebab banyak tempat menarik yang dilalui sepanjang pergerakan bas. Bagi yang mudah mabuk, sediakan plastik kerana pemanduan yang agak laju dan bahaya. Waktu di sini bukan seperti di Malaysia. Walaupun baru 5.30 petang, harinya sudah gelap. 


Keadaan jalan yang agak sesak seperti di Jakarta juga menyebabkan asap kenderaan agak tebal. Sediakan penutup muka kerana keadaan agak teruk dan berhabuk. 


Keadaan trafik
Sekitar jam 8.30 malam, kami tiba di Oslob. Apabila turun sahaja daripada bas tersebut, ia umpama keluar daripada lokap yang penuh seksa, sangat lega!. Kami masih belum lagi melihat keseluruhan tempat memandangkan hari yang sudah malam dan gelap, ditambah pula dengan keletihan akibat perjalanan yang panjang dan menyeksakan. 


Selepas check-in, kami lepak sambil bersantai di tepi kolam renang disulam dengan jus oren. Jarak antara kolam renang dengan laut hanya dipisahkan dengan pasir pantai sekitar 5 kaki sahaja. Seronok!



Pemandangan dari pintu masuk utama

16 Jan 2015


Saya bangkit awal daripada tidur seawal jam 5 pagi semata-mata untuk menunggu matahari terbit. Itu adalah perkara wajib yang hendak saya buat apabila pergi ke mana-mana tempat. Walaupun matahari hanya satu, tetapi pemandangannya berlainan di sesuatu tempat. Rugilah anda jika datang melancong ke tempat lain jika bangun lambat. Ada baiknya anda tidur di rumah andai hendak mendapatkan tidur yang cukup. 

Menunggu terbit sang mentari

Sekitar jam 7 pagi selepas kami bersarapan, kami bersiap-siap untuk ke kawasan Whale Shark di mana kami akan berenang bersama Whale Shark yang dianggarkan sekitar 7-8 ekor. Untuk penduduk tempatan, bayaran masuk sebanyak 300 peso akan dikenakan kepada mereka, manakala untuk pelancong luar kami akan dikenakan 1000 peso untuk tempoh masa 30 minit. Jarak antara tempat penginapan kami ke kawasan tersebut hanya sekitar 5 minit sahaja menaiki kenderaan seperti gambar di bawah.


Harga untuk pelancong dan penduduk tempatan


Selepas berenang sambil bermain bersama Whale Shark di Oslob, kami kembali ke tempat penginapan. Bersiap dan mengemas pakaian masing-masing untuk ke destinasi seterusnya. Kami akan ke Kawasan Fall, Badian. Dari Oslob, kami perlu menaiki bas ke Bato Terminal dengan tambang sekitar 50-80 peso. Perjalanan sekitar 20 minit ke terminal bas, kemudian kami perlu menaiki bas lain pula dari Bato Terminal ke Kawasan Fall. Tambang 148 peso untuk sekali perjalanan dalam masa 2 jam 30 minit. Perjalanan kali ini agak selesa kerana keadaan bas berhawa dingin dan pemandu yang memandu dengan agak baik. 

Kami sampai di Kawasan Fall sekitar tengahari. Untuk ke Kawasan Fall yang agak ke dalam, kami perlu menaiki motor untuk ke kawasan tersebut. Setengah perjalanan akan menaiki motor dan setengah perjalanan akan berjalan kaki. 
Selesai sahaja check-in, kami terus bersiap untuk aktiviti canyoneering ( jelajah kawasan lembah dengan pelbagai cara seperti berenang). Perlu diingatkan, perlu memakai kasut dan ada beg yang kalis air untuk mengelakkan barang-barang penting basah kerana secara keseluruhannya, aktiviti ini melibatkan air. 



Dari Kawasan Fall, kami perlu menaiki motor untuk tempat permulaan canyoneering iaitu di Barangay Matutinao iaitu tempat aktiviti tersebut bermula. 

Semuanya seperti terasa sempurna sepanjang aktiviti tersebut. Tertelan air jangan ceritalah kerana kami perlu terjun beberapa kali kerana ia merupakan satu-satunya jalan untuk meneruskan perjalanan kami. Air di sana sangat biru dan amat sukar untuk kami menjumpai sampah walaupun hanya plastik pembalut gula-gula, kebersihan di sana amatlah mantap!. Aktiviti ini sekitar 2 jam perjalanan. Memang penat tapi seronok yang amat. Anda semua perlu cuba aktiviti ini.




17 Jan 2015

Kami bangun seawal 4 pagi untuk melihat matahari terbit di Osmena Peak. Perjalanan sekitar 40 minit menaiki motor ke Mantalongon. Bersedialah dengan punggung anda, pasti akan kebas! Suasana tenang sepanjang perjalanan kerana kami melalui kawasan perkampungan yang dikelilngi dengan gunung-ganang. Memang sangat menenangkan walaupun punggung sudah kebas. Nikmatnya ciptaan yang maha ESA ini sebenarnya. 




Sepanjang perjalanan kiri kanan bukit bukau..
Sampai di kawasan kaki bukit Osmena Peak, kami perlu mendaki sekitar 20 minit perjalanan. Pastikan anda memakai kasut kerana trek agak berbatu dan licin memandangkan masih dalam keadaan berembun. Rezeki kami kurang baik pada hari itu kerana keadaan cuaca yang agak berkabus. Kami tidak dapat melihat pemandangan yang sangat cantik di Osmena Peak seperti yang rakan kami tunjuk. 

Sekitar jam 11 pagi, kami bergerak pulang ke tempat penginapan di Kawasan Fall. Kami bersarapan di tepi air terjun sambil berborak-borak tentang perjalanan kami. Cubalah layan massage bamboo fall di kawasan itu. Sekitar tengahari, kami mula mengemas barang masing-masing untuk kembali pulang. Banyak benda yang saya belajar di sana, bagaimana perbuatan baik akan dibalas baik.





Setelah mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada mereka yang telah banyak melayan kerenah kami di sana, kami pun pulang untuk menuju ke lapangan terbang. Sememangnya, percutian pendek ini memang jadi seronok bila mendatangkan rasa rindu pada kita berbanding percutian panjang tetapi telah rasa bosan akibat terlalu lama. Mungkin satu hari nanti saya akan datang lagi tetapi mungkin honeymoon.Hahaha

KUYA!

P/S : Jangan lupa sediakan 750.00 peso untuk airport tax

Saya sediakan sedikit nota untuk rujukan semua. Mungkin ada sedikit perubahan pada harga tetapi itu adalah anggaran harga di sana. Mungkin boleh jadi lebih murah atau sebaliknya. Bergantung pada anda sendiri. Pastikan bawa duit lebih kerana mesin ATM agak sukar didapati di sini. 

Airport – South Terminal Bus ( Cebu City )
·         800 Peso/van ( By Van – 40 min )

South Terminal Bus – Bato via Oslob / Barili
·         300 Peso/pax ( By Bus – 4 hrs – 123 KM )
·         Berhenti di Oslob ( tidur di sekitar Oslob )
·         Penginapan 1000Peso / pax

Berenang bersama Whale Shark
·         1000 Peso/pax  ( 5 min dari resort )
·         30 minit sahaja

Oslob – Bato Bus Terminal
·         50-80 Peso/pax  ( By Bus – 30min – 17 KM )

Bato Bus Terminal – Kawasan Fall, Badian
·         148 Peso/pax  ( By Bus – 1/30 hrs – 66 KM)

Kawasan Fall – Airport
·         Penginapan 2000 Peso / pax ( penginapan + canyoneering  + osmena peak tour )
·         Massage Bamboo Fall ( 300 Peso + 100 Peso tips ) (Optional )
·         4500 Peso/van  ( By Van – 3 hrs – 116 KM ) ( another route )

Simcard
·         Globe / Smart ( 100 Peso )

Kos makan & minum
·         1000 Peso ( bergantung pada perut masing2 )

Airport Tax
·         750 Peso / pax ( harga baru naik 2015 )


Like kami di Facebook : Langkah Jauh
Follow kami di Twitter : @langkahjauh

Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan