LANGKAH JAUH KE AIR TERJUN LEPOH, HULU LANGAT

#LangkahJauh ke Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Asyik kerap ke negara orang, saya seimbangkan pula di dalam negara sendiri. Di tempat sendiri tidak kurang hebatnya tempat yang menari. Terlalu banyak. Saya lebih cenderung kepada air terjun & aktiviti mendaki. Kerana kurangnya manusia disamping tidak suka pada suasana yang sesak, saya lebih suka bersantai di tempat-tempat sebegini.

Air Terjun Lepoh terletak di daerah Hulu Langat, Selangor. Sesiapa yang nak mendaki ke Gunung Nuang (via Pangsun), pasti akan melalui jalan ke Air Terjun Lepoh dahulu. 

Ini kali kedua saya ke tempat ini. Sengaja nak lari sebentar dari kesibukan dan rasa gian yang begitu lama tidak bertemu dengan alam rimba. Bila tiba di Air Terjun Lepoh, banyak perubahan yang berlaku. Mungkin ada segelintir yang gatal tangan dan tidak tahu menghargai apa yang disediakan. Orang seperti ini tidak layak bergaul dengan rimba. Alam memang sentiasa berubah, kita sahaja perlu menjaganya dengan baik dan tidak merosakkan keindahannya. Perubahan aliran air juga berubah, lebih deras dan makin dalam. Mungkin kerana musim hujan yang berterusan.

Kali pertama saya ke sini ketika bersama sahabat-sahabat sekampung. Memang haru dibuatnya kalau 18 orang yang mempunyai minat yang sama berkumpul sekali di dalam hutan. Tanpa sebarang guider atau bantuan orang kampung, kami meredah sahaja laluan yang disediakan. Tanpa sedar kami telah tersalah memilih laluan yang bercabang dan telah tersesat. Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit menjadi 4 jam kerana laluan baru yang kami lalui sebenarnya tidak wujud, dalam erti kata lain, TIADA LALUAN SEBENARNYA. 

Walaupun telah tersesat, dengan pengalaman yang ada pada beberapa rakan kami, kami membuat laluan baru yang agak seronok dan mencabar kerana perlu melalui perkampungan orang asli dan trek yang agak curam berbanding trek asal. Sekitar 200 meter sebelum sampai ke air terjun, baru kami kembali ke laluan asal semula. Itupun kerana kami terjumpa pipeline yang merupakan "landmark" asal laluan tersebut. 



Itu cerita pada tahun lepas, ini pula cerita yang baru untuk kali kedua. Dengan kawan-kawan yang baru dikenali di laman sosial, saya ke sana sekali lagi. Kali ini ceritanya agak berbeza berbanding yang sebelumnya. Sebelum ini, saya hanya daypack di sana. Kali ini kami bermalam di sana sekitar 14 orang. Lebih mudah kerana sudah tahu kesilapan laluan yang salah dan tidak akan mengulanginya lagi. Laluan agak mudah dan trek tidak licin kerana cuaca agak cantik. 

Apabila berkumpul, bermacam-macam cerita dan pengalaman yang dapat dikongsi, yang baru mahupun yang lama. Dari pengalaman, nasihat, panduan, semua yang berkaitan tentang aktiviti pendakian dan pengembaraan dikongsi bersama untuk dijadikan rujukan pada masa mendatang. Orang kata ilmu hutan jangan disimpan, biar yang menghargai dapat isinya. 






Dalam kita berseronok dalam mendalami ilmu alam terkadang kita alpa. Cubalah untuk menghargai apa yang terbentang nikmat di depan mata tanpa dipalitkan kotoran padanya.


" Hutan kita semakin mengecil, penghuninya sudah mula memunculkan diri"


Follow Facebook : Ismarul Nizam @ Langkah Jauh
Follow Instagram : Langkah Jauh @ Monster Kecil


Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan