10 SYARIKAT PENERBANGAN TERBAIK DI DUNIA

Kerap kali orang bertanya apabila hendak melancong ke sesuatu negara, dimanakah lokasi terbaik untuk pelancongan. Jawapannya banyak sekali kerana bumi ini terbentang luas dengan ciptaanNya yang sangat menakjubkan. Tetapi itu bukan yang hendak dibincangkan pada kali ini. 

Jika kita ingin mengembara atau melancong, kita pasti mahukan sesuatu yang paling sempurna sepanjang perjalanan tersebut. Dari segi pengangkutan, penginapan, bayaran, tempat dan macam-macam lagi aspek yang perlu diambil kira sepanjang percutian anda. 

LangkahJauh akan cuba mengupas tentang syarikat penerbangan terbaik di dunia yang mungkin ramai tidak tahu setiap keistimewaan yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan ini. 

10. QANTAS AIRWAYS


Pertumbuhan yang konsisten akhirnya meletakkan syarikat penerbangan Australia ini dalam senarai 10 Syarikat Penerbangan Terbaik Di Dunia. Syarikat ini menunjukkan peningkatan berterusan untuk keselesaan dalam penerbangan, seperti Skybeds Marc Newson dengan kerusi urut dalam kelas perniagaan, dan tempat duduk ekonomi dengan footrests gaya buaian untuk menghilangkan keletihan. Juga di dalam kelas perniagaan?Juga terdapat Chic-His & Her Kit bagi setiap penumpang. Di dalamnya terdapat produk Aspar Australia beraroma Pasifik Selatan seperti oren manis, badam, dan geranium. Qantas juga adalah syarikat penerbangan yang membuat penerbangan paling lama di dunia iaitu 8,500 batu dengan perjalanan tanpa henti selama 16 jam. Adakah anda masih lagi ragu-ragu tentang penerbangan ini?.

9. ALL NIPPON AIRWAYS (ANA)


Syarikat Jepun ini sangat mementingkan fesyen terhadap semua staf mereka. Tidak ragu-ragu bahawa syarikat ini antara syarikat yang up-to-date pada fesyen. Setiap rekaan pakaian seragam pramugari syarikat ini direka oleh Prabal Gurung. Dengan fesyen yang terkini, syarikat ini mampu menyaingi syarikat penerbangan lain dan ini merupakan salah satu cara mereka untuk bersaing dengan syarikat penerbangan yang lebih besar malah bersaing dengan syarikat Jepun yang lain seperti Japan Airlines. Dalam kelas perniagaan, penumpang boleh menikmati kerusi yang boleh dibaringkan sehingga dalam keadaan rata. Tambahan lagi, konfigurasi unik berperingkat pada kerusi setiap penumpang yang membolehkan anda untuk bergerak di ruang kabin tanpa mengganggu penumpang di sebelah. Pada kelas ekonomi premium pula, kadangkala akan terbit rasa lucu tetapi sangat menarik kerana pramugara dan pramugari akan berpakaian uniform yang bertemakan Star Wars sempena filem terbaru Star Wars akan datang. Ini adalah salah satu teknik pemasaran syarikat ini untuk menambat hati para penumpang. Jangan terkejut kalau ada sekumpulan Storm Troopers dalam kabin!.

8. KOREAN AIR


Terpalit dengan insiden "kacang" yang memalukan syarikat itu pada kejadian awal tahun ini, Korean Air masih lagi menang di hati para penumpangnya. Pada kejadian tersebut, anak CEO Korean Air telah memaki pramugara kerana insiden yang dianggap remeh, tidak memasukkan kacang yang dihidang di dalam pinggan. Syarikat penerbangan ini masih lagi memberikan perkhidmatan terbaik dari segi menu makanan, dengan menampilkan menu barat, makanan China dan Jepun serta hidangan istimewa Korea. Walaupun hanya kelas ekonomi, tetapi mereka mampu menyediakan ruang tempat duduk yang sangat luas dan selesa sehingga memeningkan kepala syarikat lain yang ingin meniru ruang kabin mereka. Ruang kabin mereka sangat kemas dan mempunyai kemudahan bagi penumpang seperti port USB di setiap tempat duduk dan dalam penerbangan terdapat ruang kecil untuk penjualan cenderahati. Terdapat juga wiski mewah disediakan, tetapi hanya terdapat di Bar Celestial di pesawat A380. Penumpang boleh berehat sambil dihidangkan koktel yang sedap sambil menikmati pemandangan yang menarik dari stratosfera. 

7. THAI AIRWAYS


Ramai pelancong percaya syarikat penerbangan Asia ini mampu kembali gah di pentas antarabangsa daripada terjerumus ke ambang kemerosotan dari segi perkhidmatan. Walaupun memenangi anugerah bagi kelas kabin ekonomi, namun sesuatu harus dilakukan oleh Thai Airways bagi memenangi semula hati para penumpang dan tidak hanya fokus pada kelas premium sahaja yang menampilkan keselesaan dan kemewahan semata-mata. Bagi kelas yang mewah, penumpang akan menikmati tempat duduk keluasan 32 inci yang mampu meluruskan kaki daripada lenguh untuk penerbangan selama enam jam. Tentang makanan, semuanya enak belaka. Apa yang tidak anda suka apabila dihidangkan ayam goreng, mi beserta daging babi atau kari ayam beserta nasi?.

6. VIRGIN ATLANTIC AIRWAYS


Richard Branson yang merupakan pemilik syarikat ini telah menyambut ulang tahun ke-30 syarikat penerbangan utama Britain ini dengan membawa perubahan mendadak dengan pakaian seragam baru, Vivienne Westwood yang direka mengikut warna ikonik syarikat ini iaitu merah. Beliau juga menubuhkan armada baru iaitu Dreamliner. Syarikat penerbangan ini agak istimewa kerana terkenal dengan paparan video pada setiap tempat duduk penumpang dan kit ameniti dalam setiap kelas yang menjadi perhatian setiap penumpang. Kelas ekonomi premium mereka menawarkan tempat duduk kulit yang lapang, seluas 38 inci (jarak antara bahagian belakang tempat duduk anda dan penumpang di hadapan). Dihidangkan dengan champagne dan makanan tradisional Inggeris di atas pinggan China yang tahan karat. Minum petang anda pasti disulami dengan puding yang enak menjadikan perjalanan anda sangat menakjubkan!

5. AIR NEW ZEALAND


Armada baru bagi Air New Zealand bagi Dreamliner dilengkapkan dengan kelas ekonomi SkyCouches yang memberikan kepuasan 5 bintang untuk keluarga. Pilihan tempat duduk yang fleksibel membolehkan penumpang untuk membeli tiga kerusi bersebelahan dan mempunyai tempat letak tangan yang boleh ditarik keluar seperti tempat letak kaki, menjadikan tempat duduk anda seperti sofa yang sangat selesa. Para penumpang sentiasa memberi markah yang tinggi bagi syarikat penerbangan New Zealand ini untuk perkhidmatan terbaik.

4. CATHAY PACIFIC AIRWAYS


Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Hong Kong ini mengekalkan kedudukannya yang kukuh dengan membuat perubahan serta tambahan untuk rekaan dalam dan perkhidmatan penyediaan makanan di setiap kabin. Mereka bekerjasama dengan restoran mewah Michelin di Hong Kong untuk mewujudkan kelas makanan yang mantap, menu serantau dan menyediakan peralatan yang direka khas seperti makanan disediakan di dalam pinggan nasi yang mewah, antara satu sebab Cathay Pacific berbeza daripada syarikat penerbangan lain. Dari segi tempat duduk, anda perlu berterima kasih kepada perehat kepala yang disediakan untuk menyokong leher dan memberi lebih keselesaan untuk penumpang tidur. Bagi kelas mewah, terdapat ruang untuk menyangkut kot, dan pemegang cawan yang tidak memerlukan dulang. Walaupun kelas ekonomi, ia tetap memberikan keseronokan kepada para penumpang. 

3. QATAR AIRWAYS


Selepas tergelincir daripada senarai syarikat penerbangan Terbaik Dunia, Qatar Airways yang berpangkalan di Doha ini telah kembali ke atas landasan yang terbaik. Dengan badan pesawat yang lebih lebar pada Airbus 350 yang baru, ia memberi kepuasan yang lebih baik kepada para penumpang. Ditambah lagi menu dalam penerbangan yang direka oleh Master Chef Nobu Matsuhisa dan Vineet Bhatia menjadikan hidangan makanan anda antara yang terbaik pernah dinikmati. Walaupun berada di atas ketinggian paras 30,000 kaki, anda masih lagi mampu menikmati perjalanan dengan sangat selesa. Pada tahun hadapan, Qatar Airways akan memperluaskan lagi penerbangan mereka ke Atlanta, Boston dan Los Angeles. Bagi mereka yang inginkan perjalanan pendek, mereka menyediakan senarai laluan yang boleh dimuat turun bagi 103 perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa yang baru di Hamad.

2. EMIRATES


Syarikat penerbangan dari Timur Tengah ini telah kembali ke landasan kegemilangan mereka dengan menunjukkan peningkatan dalam perkhidmatan pelanggan. Dalam penerbangan mereka, penyediaan makanan terus menjadi perhatian dengan kepakaran serantau ( meze Arab, stew kambing ) yang disampaikan melalui teknik masakan istimewa dalam kelas pertama. Samada anda di kelas ekonomi atau perniagaan, hiburan di dalam penerbangan tidak boleh dapat ditewaskan. Anda mampu menonton program TV secara langsung dan tambahan kit ameniti yang sangat hebat berbanding syarikat penerbangan yang lain. Di dalam kit ameniti lelaki, terdapat produk Bvlgari yang sangat mewah serta dan boleh juga didapati di dalam Shower Spa. Hebat bukan?!

1. SINGAPORE AIRLINES


Selama 20 tahun berturut-turut, Singapore Airlines telah mengekalkan kedudukan mereka sebagai syarikat penerbangan No.1 terbaik di dalam dunia. Bagaimana mereka mengekalkan reputasi tersebut?. Singapore Airlines sentiasa menetapkan standard di dalam industri mereka untuk perkhidmatan dan keselesaan. Syarikat ini merupakan syarikat komersial pertama yang menawarkan minuman percuma dan lebih daripada satu pilihan makanan dalam kelas ekonomi. Baru-baru ini, mereka menjadi syarikat penerbangan pertama yang menerbangkan pesawat Airbus A380, pesawat penumpang terbesar di dunia dan baru-baru ini mula memperkenalkan kelas ekonomi premium mereka. Penumpang boleh menonton rancangan hiburan dalam penerbangan dengan paparan monitor 13.3 inci sambil menghirup champagne. Samada anda boleh berehat santai di kelas pertama sambil berbaring di katil sepanjang 82 inci dan makan di bahagian Givenchy. Jika ingin tidur, anda akan dilayan oleh pramugari yang cantik sambil memakai kain batik tradisional serta cetakan baju kebaya. Untuk menjadi pramugari syarikat ini, anda perlu menjalani latihan selama 4 bulan yang sangat ketat dan teliti. 

Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan