DARI KUALA LUMPUR KE PADANG BESAR HANYA 5 JAM 30 MINIT?!

DARI KUALA LUMPUR KE PADANG BESAR HANYA 5 JAM 30 MINIT.?!!!

Dahulu kebanyakan orang selalu merungut tentang perjalanan mereka dari selatan ke utara yang terlalu panjang dan ada yang tidak sanggup meredah masa dek kerana masa perjalanan yang terlampau panjang. Kini zaman telah berubah ditambah pula pertambahan kemudahan seperti penerbangan tambang murah domestik selain daripada perkhidmatan bas ekspress. Kini satu lagi kemajuan dalam bidang pengangkutan Malaysia telah bertambah iaitu dengan adanya tren laju (ETS) yang diperkenalkan pada pertengahan tahun ini.

Apa itu ETS? 

Ia adalah satu perkhidmatan Electric Train Service yang meluaskan jalur perkhidmatannya dari Kuala Lumpur Sentral - Ipoh - Padang Besar.

Di sini kami berkongsi dengan anda sedikit info tentang ETS ini.

1. Termasuk dalam kategori High Speed Rail, ETS mampu bergerak selaju 160km/j dan mampu pergi lebih laju daripada itu bergantung pada keadaan.

2. Di Jepun, model yang sama dipakai oleh Kamome Express & Sonic Express manakala di Taiwan, syarikat yang menggunakan tren yang sama adalah Taiwan Taroko Express & Puyuma Express.

3. Diperkenalkan di Malaysia oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada 12 Ogos 2010 untuk rancangan Malaysia yang ke-8 & 9. 

4. Perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh mengambil masa hanya 2 jam 20 minit sahaja tanpa anda perlu risau tentang kesesakan dan kekangan waktu yang tidak dijangka.

5. Pada Julai 2015, KTMB memperkenalkan perjalanan dari KL Sentral - Padang Besar yang mengambil masa perjalanan hanya 5 jam 30 minit. Wow! Sangat menjimatkan masa.

6. Pembuat tren ini adalah syarikat China South Locomotive and Rolling Stock Co yang merupakan pembuat lokomotif elektrik terbesar di dunia.



Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan