NEGARA YANG SEBENARNYA WUJUD TETAPI TIDAK DIKENALI

Sekiranya disebut nama negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Great Britain mahupun negara di Afrika seperti Ivory Coast, Senegal dan Zimbabwe, ia adalah nama-nama negara yang sering kita dengar dan mungkin ada diantara anda yang pernah sampai ke negara tersebut.

Tetapi pernahkah terlintas di telinga anda negara-negara seperti Vanuatu, Pitcairn Islands, Tokelau, Guernsey dan lain-lain lagi?. Tentu anda tidak tahu bahawa negara-negara tersebut telah wujud dan mungkin lebih lama wujud daripada negara-negara yang biasa anda dengar. Langkah Jauh akan cuba berkongsi serba sedikit info tentang negara-negara ini yang jarang diberi perhatian oleh dunia. Mungkin ia tidak popular kerana tiada pengangkutan yang sebaiknya, ekonomi yang tidak pesat dan bukan negara yang maju. 

Selalunya, negara yang tidak maju ini pasti cantik negaranya kerana jarang dikunjungi oleh orang luar. Mari kita lihat negara-negara tersebut!

1) VANUATU


Vanuatu adalah sebuah negara republik yang terletak di Pasifik Selatan. Negara ini terletak kira-kira 1750 km dari arah timur laut Australia, 500 km dari Timur Laut New Zealand, sebelah barat Fiji dan sebelah tenggara Kepulauan Solomon yang berhampiran dengan Papua New Guinea. Penduduk asal negara ini dikenali sebagai suku Melanesia.

Sumber utama penduduk di sini adalah terdiri daripada makanan laut terutamanya ikan. Ini adalah kerana kebanyakan penempatan di negara ini dibina berdekatan dengan persisir pantai. Boleh dikatakan hanya 10% sahaja penduduk yang tinggal di luar bandar yang terpencil dan mereka membuka ladang dan kebun untuk menghasilkan sumber pertanian mereka sendiri.

Antara tarikan utama pelancongan di negara Vanuatu ini adalah aktiviti menyelam (scuba diving). Malangnya, negara ini kerap dilanda bencana alam seperti gempa bumi dan juga ancaman tsunami. Dengan adanya bencana alam ini, serba sedikit ia menggangu sumber ekonomi negara itu.

2) PITCAIRN ISLAND




Nama rasmi negara ini adalah Pitcairn, Henderson, Ducie dan Oeno Islands. Pitcairn Island digunakan agar memudahkan orang ramai untuk menyebut negara tersebut. Ia sama juga seperti negara Trinidad & Tobago yang mudah disebut sebagai Trinidad sahaja.

Negara ini terdiri daripada empat buah pulau yang mempunyai aktiviti gunung berapi yang aktif, iaitu Pulau Pitcairn, Pulau Henderson, Pulau Ducie dan Pulau Oeno. Sebelum ini, Pitcairn Island adalah negara yang dijajah oleh Inggeris dan merupakan tanah jajahan terakhir Inggeris di Pasifik. Bahasa utama yang digunakan di negara tersebut adalah bahasa Inggeris dan Tahiti yang digunakan sebagai bahasa perantaraan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, gereja di negara ini telah ditutup kerana hanya mempunyai 8 orang sahaja penduduk yang mengunjunginya. Di negara itu hanya terdapat satu kafe dan bar serta satu kedai milik kerajaan. Undang-undang di sana mengamalkan sistem yang ketat. Sebagai contoh, anda dilarang untuk merokok dan minum alkohol. Kalau Malaysia buat undang-undang mcm ni?

3) TOKELAU




Nama negara ini berasal daripada bahasa Polinesia yang bermaksud "angin utara". Pemerintahan sendiri belum lagi wujud di negara ini. Bahkan negara ini merupakan negara paling miskin di dunia, sehingga perlu bergantung kepada subsidi dari New Zealand. 

Kini negara ini sedikit maju kerana telah ada teknologi solar di tempat mereka. Sumber elektrik sepenuhnya dijana oleh panel solar yang ditempatkan di negara itu.

Keluasan negara ini hanyalah 10km persegi dengan jumlah penduduk hanya 140 orang. Sebahagian daripada penduduk di negara ini beragama Nasrani dan 57% penduduk ini adalah terdiri daripada kaum perempuan.

4) GUERNSEY



Pernahkah anda dengar nama negara Guernsey?. Negara ini masih lagi bernaung di bawah kerajaan United Kingdom. Walaupun begitu, Guernsey tidak dikira sebagai sebahagian daripada England, sebagaimana Wales, Ireland dan Scotland. Terletak berhampiran dengan pantai Normandy, negara ini berada di Selat Inggeris. 

Guernsey mempunyai kuasa autonomi penuh untuk mengurus hal ehwal dalamnnya sendiri. Kini, pentadbiran negara Guernsey sedang berusaha untuk memerdekakan negara Guernsey daripada kerajaan United Kingdom.

5) COOK ISLANDS



Cook Island merupakan negara yang berada di Lautan Pasifik, secara tepatnya negara ini terletak di sebelah timur laut New Zealand. Negara ini terdiri daripada 15 pulau kecil, dengan jumlah keluasan wilayahnya hanyalah 240km persegi. Nama Cook diberikan bersempena seorang pelaut asal Inggeris, James Cook yang telah datang ke rantau ini pada tahun 1733. 

Sama seperti Pitcairn Island, negara ini dahulunya merupakan tanah jajahan Inggeris. Disebabkan itu, penduduk setempat di situ bertutur dalam bahasa Inggeris, selain bahasa ibunda mereka, Maori.

Dalam sistem politik, Cook Island mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan sektor pelancongan merupakan industri ekonomi utama di sana. Boleh dikatakan industri pelancongan negara itu menerima sejumlah 90,000 orang setahun yang datang berkunjung ke negara itu yang mempunyai kepulauan yang cantik dan bersih.

6) NAURU


Negara ini hanya berkeluasan 21 km persegi dan merupakan bekas tanah jajahan empayar Jerman. Selain daripada nama Nauru, negara ini juga dikenali sebagai Pulau Pleasant Pasifik Selatan. Di negara ini, terdapat hampir 9,500 orang penduduk.

Sepanjang bulan November hingga Februari, penduduk negara Nauru akan berkumpul untuk mengumpul air hujan bagi sumber air negara itu pada musim hujan. Ini kerana sumber air di negara itu sangat terhad. 

Di negara Nauru, bolasepak merupakan sukan utama yang paling popular di kalangan penduduknya. Bahkan mereka mempunyai liga sendiri yang dinamakan Liga Bola Sepak Nauru, walaupun hanya terdapat 7 pasukan sahaja dalam liga. 

7) TUVALU


Keluasan negara ini kira-kira 26 km persegi dan merupakan sebuah negara yang terletak di Lautan Pasifik, negara yang berkedudukan antara Australia dan Hawaii. Sistem pemerintahan monarki berperlembagaan merupakan amalan negara ini dimana Ratu Elizabeth II menjadi ketua negara.

Sistem pertahanan negara ini sangatlah mundur, tiada kekutan tentera yang teratur, malah banyak peruntukan dihabiskan untuk menguruskan sistem pertahanan mereka. 

8) KOMORO

Negara Komoro merupakan sebuah negara kepulauan Afrika yang terletak di Lautan India, secara geografinya terletak antara Mozambique dan Madagascar. Negara ini merupakan tanah jajahan Perancis. Pada ketika ini, hampir 300,000 warga Komoro tinggal di Perancis dan 98% daripada mereka terdiri daripada umat Islam.

9) ISLE OF MAN



Negara ini juga dikenali sebagai Mann. Merupakan sebuah negara yang mempunyai pemerintahan sendiri yang digelar British Crown Dependency. Isle Of Man merupakan pulau yang terletak di tengah laut Ireland, antara United Kingdom dan Ireland. Sehingga kini, negara ini belum lagi termasuk dalam Kesatuan Eropah.

Meskipun tidak dikenali, pulau ini sudah dihuni oleh manusia sejak 6500 ribu masihi. Sehingga kini, terdapat hampir 85,000 orang penduduk di kepulauan itu. Sektor pelancongan merupakan sumber utama ekonomi negara itu dan terdapat juga perkhidmatan perbankan di luar negeri.

Kini, negara ini popular kerana terdapat sukan lumba motor yang dikenali seluruh dunia iaitu "TT Isle Of Man, Ball Of Steel". Laju gila !!

Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan