Kredit : Chessdailynews.com |
Banyak perkara yang menarik tentang Korea Selatan. Bagi yang pernah ke sana, mereka pasti tahu kenapa Korea Selatan merupakan antara destinasi pelancongan terbaik bagi mereka. Pasti ramai yang akan berkata mereka pasti akan kembali lagi ke Korea Selatan.
Sebab mengapa Korea Selatan mampu menggamit pelancong ke negara tersebut adalah dari segi makanan, budaya, kesopanan rakyatnya yang sangat mesra pada orang lain dan pengangkutan mereka yang sangat tersusun. Kelajuan internet mereka juga antara yang terlaju di dunia berbanding di Malaysia yang sangat jauh ketinggalan dari segi teknologi.
Antara sebab mengapa Korea Selatan mampu membuatkan orang ramai mampu jatuh cinta pada negara tersebut adalah budaya rakyatnya yang jujur. Satu kajian telah dibuat menunjukkan 90% barang yang hilang di negara tersebut berjaya ditemukan semula kepada pemiliknya.
Satu eksperimen telah dibuat di dalam sebuah tren di Korea menunjukkan 100 beg kertas yang sengaja ditinggalkan di situ, dengan objektif untuk melihat tahap kejujuran rakyat Korea memulangkan balik barang yang mereka jumpa. Terdapat kamera yang tersorok untuk merakam perbuatan individu yang mengambil beg kertas tersebut yang berisi beberapa barangan dan gps yang disembunyikan untuk mengesan ke mana beg tersebut dibawa. Pada hari pertama eksperimen, keputusannya amatlah mengecewakan. Tetapi apabila tiba hari kedua, keputusannya di luar jangkaan! (Lihat video hasil eksperimen)
PERISTIWA 1
"Ketika saya menuntut di Seoul, saya ke Yonsei Universiti untuk makan malam dan secara tidak sengaja tertinggal beg duit di situ. Di dalam beg dompet tersebut ada kad debit, kad kredit dan wang tunai sekitar 500,000 won. Apabila saya tersedar bahawa beg dompet saya tercicir, saya kembali ke dewan makan tersebut dan gagal menjumpai beg duit saya. Walau bagaimana pun, seorang pelanggan telah membantu saya tetapi juga gagal untuk menemui semula beg duit saya. Saya ke kaunter bantuan dan melaporkan kehilangan tersebut dan mereka berkata beg duit saya ada pada mereka. Pada masa itu, saya menangis kerana menyangka tiada siapa yang akan pulangkan semula beg duit saya dan duit di dalamnya merupakan duit perbelanjaan saya untuk 6 bulan!. Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang jujur!. Terima kasih Korea!".
PERISTIWA 2
"Satu lagi peristiwa, saya tertinggal kad debit di Noraebang (pusat karaoke) sejak jam 2 petang. Saya bernasib baik kerana sehingga jam 10 pagi keesokan harinya, tiada siapa yang menggunakan kad tersebut. Seperti yang diketahui, apabila anda membayar sesuatu menggunakan kad di Korea, mereka tidak begitu kisah tentang tandatangan sebelum transaksi. Kadangkala, satu titik sahaja sudah memadai untuk meluluskan transaksi. Jika perkara ini berlaku di negara saya, sangat menakjubkan untuk mendapatkan kad itu kembali." kata Mike yang berasal dari Belanda.
0 komen :
Catat Ulasan