PHUKET - THAILAND. Kira-kira 500 penduduk bertindak mengepung balai polis Thalang, Phuket bagi menuntut bela kematian dua lelaki yang mati semasa dikejar polis, lewat malam kelmarin.
Portal berita Phuketwan melaporkan, sekurang-kurannya lima kenderaan berhampiran balai polis dibakar perusuh lapor CNA.
Susulan kejadian itu 700 anggota polis dan tentera Thailand dari Krabi dan Phang Nga dikerah ke daerah Thalang.
Dalam kejadian Sabtu lalu, dua lelaki masing-masing berusia 22 dan 17 tahun terbunuh selepas motosikal mereka hilang kawalan dan merempuh sebuah kereta peronda polis dari arah bertentangan berhampiran Tonsai.
J
urucakap balai polis Thalang, Amnoy Kraiwuttianan berkata, kedua-dua suspek adalah pengedar dadah.
"Suspek memecut laju motosikal sebaik menyedari kehadiran polis. Kami turut menemui 50 pil kuda dan satu kilogram daun ketum di lokasi kemalangan," katanya.
Sumber : Berita Harian
0 komen :
Catat Ulasan