1. KAWAN
Selalunya mereka yang mengembara secara solo akan secara automatik mendapat kawan yang baru apabila ke sesuatu tempat. Perkara ini adalah normal kerana anda tidak akan membiarkan diri anda keseorangan apabila ke sesuatu tempat. Selalunya apabila mengembara, orang yang begitu asing pada diri kita itu adalah orang yang paling senang dibuat kawan. Tak percaya?.Cubalah.
2. BERHUBUNG DENGAN PENDUDUK TEMPATAN
Secara jujurnya, ini adalah perbezaan antara pengembara yang secara berkumpulan dan pengembara secara solo. Apabila secara berkumpulan, kita lebih banyak berinteraksi dengan rakan-rakan kembara kita. Tetapi, jika secara solo, pasti kita akan berinteraksi secara lebih personal dengan penduduk tempatan. Anda keseorangan, masih lagi mahu sombong?. Hanya pengembara solo sahaja mampu buat cara sebegini.
3. BEBAS
Jika secara berkumpulan, pasti salah seorang daripada rakan anda yang tidak sama pendapat dengan anda. Percayalah. Jika berkumpulan, akan ada kekangan masa, tempat dan perancangan. Jika bergerak secara solo, anda BEBAS ! Tiada kekangan masa, tempat dan perancangan. Semuanya terletak di tangan anda. Anda yang menentukan berapa lama kembara yang hendak dibuat, ke mana tempat yang hendak di lawat dan bagaimana perancangan yang hendak dibuat. Tiada halangan langsung.
4. MENGENALI BUDAYA
Jika secara berkumpulan, bukan semua ahli kumpulan yang hendak pergi ke sesuatu tempat yang dituju. Semua itu menjadi tidak seronok kerana tiada kesepakatan. Jika secara solo, itu terpulang kepada anda untuk menentukannya. Pengembaraan secara solo dapat memberikan lebih kefahaman yang mendalam kepada anda tentang sesuatu budaya, agama dan kehidupan sesuatu bangsa di tempat itu.
5. TIDAK DIKENALI
Secara kumpulan, orang boleh meneka kumpulan anda adalah kumpulan pelancong yang sedang melancong di tempat mereka. Jika berseorang, agak payah untuk mereka meneka. Mungkin anda seorang pelancong, mungkin anda orang luar yang menetap di situ. Banyak persoalan yang bermain di fikiran orang lain jika anda keseorang. Tetapi hati-hati apabila ke sesuatu tempat. Anda juga menjadi sasaran mudah kumpulan yang berniat jahat untuk merompak dan sebagainya.
6. KESEORANGAN ITU SIHAT
Jika dalam keadaan solo, ada sesuatu yang bagus untuk anda. Anda mempunyai masa yang lebih berkualiti apabila keseorang. Selalunya, masa sebegini jarang dimiliki oleh semua orang dan ia sebenarnya sangat bermakna. Bila keseorangan di tempat yang jauh, macam-macam perkara yang bermain di fikiran kita. Sebenarnya, ia sebenarnya menunjukkan diri kita yang sebenar tanpa bantuan daripada orang luar.
7 . JARAK MENGAJAR KITA MENGHARGAI
Secara berkumpulan, anda tidak akan merasa saat ini. Anda akan melupakan seseorang yang penting dalam hidup anda buat seketika walaupun jarak yang sangat jauh kerana anda masih lagi dikelilingi oleh rakan-rakan kembara yang masih boleh bergelak tawa, berkongsi suka dan duka. Jika secara solo, anda akan dapat suatu masa yang sangat sunyi dan ketika itulah datangnya pelbagai insan yang penting dalam hidup anda. Ketika itu jugalah anda akan mula mereka sangat berharga dalam hidup anda dan datangnya sifat menghargai.
0 komen :
Catat Ulasan