CERITA INSPIRASI OLEH INSAN BIASA YANG MENJADI LUAR BIASA DENGAN MENGEMBARA

1. JODI ETTENBERG


Selepas lima tahun bekerja sebagai peguam korporat di New York, Montrealer Jodi Ettenberg memutuskan untuk berhenti daripada pekerjaannya dan menjadi food blogger di seluruh dunia selama setahun. Perkara seterusnya yang berlaku, dari satu tahun bertukar kepada tahun-tahun yang berikutnya dan kini sudah mengjangkau hampir enam tahun perjalanan beliau mengembara seluruh dunia untuk memperkenalkan sesuatu makanan.

Laman web beliau Legan Nomads, yang kini menjadi tempat untuk beliau memperkanlkan makanan dari seluruh dunia, walaupun begitu popular namun Jodi menolak untuk meletakkan iklan atau menerima tajaan. Jodi mencari pendapatan sendiri dengan membuat penulisan bebas, kerja-kerja perundingan dalam media sosial dan baru-baru ini beliau melawat Saigon untuk merasa makanan di sana.

Apabila ditanya sama ada dia merancang untuk kembali ke 'kehidupan sebenar', Jodi berkata,
"Saya bersyukur kerana berupaya membina perniagaan mengenai makanan dan tempat-tempat yang saya suka. Saya tidak pernah berhenti kerja untuk menjadi seorang penulis kembara.. Jika ini tidak berjaya, akan kembali menjadi seorang peguam bukan perkara paling teruk yang boleh saya fikirkan. Tetapi ia jauh lebih seronok daripada apa yang saya lakukan sekarang!"
2. LIZ CARLSON



Selepas beliau menamatkan pengajian dan pengajaran Bahasa Inggeris di Sepanyol beberapa tahun lalu, Liz telah jatuh cinta dengan pengembaraan. Walaubagaimanapun, beliau berpindah ke Washington DC dan bekerja di sebuah pejabat yang membosankan dan cuba untuk mencari jalan yang sepatutnya dia ikut. 

Ia tidak mengambil masa yang lama untuk dia sedar bahawa dia membesar dalam keadaan yang tidak gembira. Dia tahu dia terpaksa melakukan sesuatu mengenainya. Selepas membuat keputusan untuk terus menulis, Liz berhenti kerja dan mengembara dari berkhemah dengan orang Badwi di padang pasir di Jordan hinggalah Paragliding di New Zealand. Liz semakin gembira dengan keputusan tersebut dan menggalakkan orang lain supaya melakukan perkara yang sama. 
"Sesiapa sahaja boleh melakukannya".kata Liz
3. YASMINE MUSTAFA



Yasmine Mustafa berhijrah dari Kuwait bersama keluarganya semasa Operasi Desert Storm ketika dia berusia 8 tahun. Dia terikat dengan sistem imigresen, memulakan sebuah syarikat IT, dan apabila dia akhirnya beliau menjadi seorang warganegara Amerika Syarikat pada umur 31tahun. Yasmine telah diberikan kad perjalanan selama enam bulan di seluruh Amerika Selatan untuk mengalami kebebasan perjalanan dan untuk mengetahui siapa dia tanpa komputer riba beliau.

Beliau mengembara solo dari Mei hingga November 2013 di mana beliau melawat Ecuador, Colombia, Argentina, Chile, Bolivia dan Peru. Yasmine berkata kepada BuzzFeed bahawa jalan hidupnya telah lama menjadi terhad kerana keadaan di luar kawalannya dan buat kali pertama dalam hidupnya, dia mempunyai peluang untuk pergi lebih jauh dan melakukan apa yang dia mahu lakukan, iaitu mengembara. Ini hanya baru permulaan. 

4. ROBERT SCHRADER



Beberapa tahun yang lalu, Robert mengalami dilema dalam hidupnya.
"Saya mahu bergerak ke seluruh dunia, tetapi saya tidak mempunyai cara untuk melakukannya, dari segi kewangan atau keyakinan yang tinggi". kata Robert
Pengembaraan Robert Schrader bermula pada tahun 2009 ketika kejatuhan ekonomi Amerika kepada China. Beliau membuat perancangan mega untuk mengembara hampir 5 tahun dan telah pergi ke 50 buah negara melalui "Leave Your Daily Hell", meninggalkan kehidupan lamanya yang penuh sengsara dari segi kewangan dan tekanan. Melalui blog pengembaraannya, ia memberi inspirasi kepad orang lain sambil berhibur.

Selepas meninggalkan pekerjaan beliau dalam tempoh tiga tahun yang lepas, beliau telah menyatakan matlamatnya untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Robert tidak kira berapa ramai rakan-rakan serta ahli keluarga nya yang menyatakan keraguan terhadap pelan besar beliau, ia tetap teguh dalam prinsip saya. 

5. KIM DINAN


Pada tahun 2009 Kim Dinan tinggal di sebuah bandar yang besar, memiliki rumah besar dan mempunyai pekerjaan yang baik. Tetapi dia tahu, bahawa ada sesuatu yang hilang dan tidak sempurna. Dia telah bermimpi untuk mengelilingi dunia. 

Bagi tempoh tiga tahun akan datang Kim dan suaminya menyimpan setiap sen duit mereka dan menjual semua barangan mereka. Pada bulan Mei 2012 mereka menetapkan untuk mengelilingi dunia dengan semua harta benda yang mereka ada.
"Terdapat pasti perkara dimana saya tertanya-tanya apa yang telah kami lakukan, adakah kami telah hilang kewarasan?," kata Kim. 
"Ibu saya terus meminta saya untuk menggunakan wang yang telah kami simpan untuk membeli rumah yang lebih besar! Tetapi sudah tentu itu bukan apa yang kami mahu. "
Hari ini, Kim dan suaminya dalam perjalanan sepenuh masa mengelilingi dunia dan Kim telah bertukar kerjaya setelah jatuh cinta pada bidang penulisan. Sejak memulakan perjalanan, mereka telah merentas pergunungan tertinggi di Nepal dan turun ke dalam gaung paling dalam di dunia di Peru. 

Kim telah berjalan solo di seluruh Sepanyol dan menaiki basikal sejauh 3,000 kilometer melalui India. Hari ini, dia hidup dalam kehidupan yang dia ingatkan untuk hanya sekadar bermimpi. 
"Hidup adalah pengembaraan. Saya benar-benar mempercayai bahawa jika kita boleh mencari keberanian untuk melakukan perkara-perkara yang membuat kita rasa paling susah, kita pasti mampu melakukannya."
Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan