REKOD DUNIA YANG DICIPTA DI MALAYSIA

1. PECAH DUA REKOD DUNIA DALAM MASA 1 HARI


Imbang Bola Di Kepala Jarak Paling Panjang

Low Yee Ming yang berumur 19 tahun terpaksa bertahan dengan kesakitan leher dan sakit belakang semasa mengimbangi bola di atas kepala sejauh 11.2 km dalam masa 2 jam 38 minit 44 saat di Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya pada 21 Ogos 2009. Beliau telah memecahkan rekodnya sendiri iaitu sejauh 3.42 km yang dibuatnya 3 hari sebelumnya di tempat yang sama.
  
Imbang Bola Di Kepala Dengan Jarak Terpantas

Beliau mencatat rekod imbang bola di kepala dengan jarak 1.6 km dalam masa 8 minit 35 saat di tempat yang sama pada 20 Mac 2010. Guinness World Record menetapkan 10 minit sebagai syarat. Dia berlari sejauh 4 pusingan padang untuk melengkapkan rekod tersebut.

Imbang Bola Di Kepala 100 Meter Terpantas

Beliau memerlukan hanya 23.2 saat untuk melengkapkan jarak 100 meter di tempat yang sama pada 20 Mac 2010. Pencapaian ini meletakkan beliau sebagai pemegang rekod dunia memecahkan 2 rekod serentak. Beliau juga memegang rekod dunia "Pencapaian Terbaik Berjalan Sambil Mengimbang Bola Di Kepala", dimana dia melakukannya pada tahun lepas dan disaksikan oleh Datuk Sieh Kok Chi. 

2. PUKULAN TERPANTAS


Pemain badminton negara, Tan Boon Heong memegang rekod smash terpantas dengan kelajuan 421 km/jam menggunakan "Yonex Arcsaber Z-Slash" di Tokyo, Japan pada 26 September 2009. 

Dua rekod terdahulu adalah pada 2005 yang dibuat oleh Fu Haifeng dari China dengan kelajuan 332 km/jam dan 414 km/jam oleh Naoki Kawamae dari Jepun. 

Radar Guns and High Speed Video telah digunakan untuk mengesahkan rekod tersebut.

3. TEBUK KELAPA TERPANTAS MENGGUNAKAN JARI

Ho Eng Hui yang berusia 55 tahun telah menggunakan jari tengahnya untuk menebuk kelapa dalam masa 30 saat di hadapan 1000 penonton di Jonker Walk, Melaka pada 19 Jun 2009. Setiap kelapa telah ditebuk sehingga menembusi kulit dan tempurung kelapa, satu persatu.

4. PENSEL TERPANJANG


Faber-Castell (M) Sdn Bhd mengambil masa 4 bulan untuk menyiapkan pensel terpanjang setinggi 20.248 meter yang diperbuat daripada kayu jelutong. Pensel tersebut kini diletakkan di pejabat urusan mereka di USJ, Subang Jaya, Selangor.

5. TANAM POKOK TERBANYAK DALAM MASA 1 MINIT

Jumlah keseluruhan pokok yang ditanam adalah sebanyak 110,461 anak pokok setinggi 1 meter bagi setiap pokok. Anak pokok tersebut ditanam dalam masa 1 minit di 152 lokasi seluruh Malaysia ketika projek "Millennium Tree Planting" yang dianjurkan oleh Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kumpulan Penanam Pokok pada 15 Oktober 2000.
6. GELAS TIMAH TERBESAR


Gelas timah terbesar di dunia telah dibuat pada 1985 oleh Royal Selangor untuk memperingati 100 tahun penubuhan Royal Selangor. 6 orang artis yang pakar dan berpengalaman terbabit dalam penghasilan 1,557 kg gelas besar setinggi 1,987 mm dengan kapasiti 2,796 liter.

7. PEMINDAHAN LENGAN PERTAMA

Kakitangan dari Hospital Selayang, Selangor yang diketuai oleh Dr.V.Pathmanathan telah memindahkan lengan ke anggota badan seorang bayi yang berusi 4 minggu, Chong Lih Ying dalam pembedahan selama 15 jam pada 18 Mei 2000. Dia adalah manusia pertama dan yang paling muda di dunia yang menjalani pemindahan bagi anggota badan keseluruhan. Penderma Chong merupakan adik kembarnya yang dilahirkan dengan kecacatan otak yang teruk dan tidak mempunyai harapan untuk hidup.


8. SUSUNAN DUIT SYILING TERPANJANG

Susunan syiling terpanjang di dunia telah dibuat oleh 524 orang sukarelawan daripada World Wildlife Fund Malaysia dan Dumex Sdn Bhd di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Rekod tersebut dibuat pada 6 Ogos 1995. Jumlah keseluruhan duit syiling 20 sen adalah sebanyak 2,367,234 keping untuk pembentukan sepanjang 55.63 km. Rekod itu memecahkan rekod sebelumnya di United Kingdom iaitu sejauh 48.89 km.


9. TIKUS TERKECIL


Spesimen tikes dewasa terkecil (Ptilocercus Lowii) telah dijumpai di Malaysia dengan panjang 230-330 mm. Panjang kepala dan badan 100-140 mm, tinggi 130-190 mm dan berat 35-50 gram.

10. PINTU GUA TERBESAR

Lubang Nasib Bagus di Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak merupakan gua terbesar di dunia dengan panjang 700 meter dan tinggi 70 meter serta kelebaran 300 meter. Ia cukup luas untuk menempatkan 40 biji Boeing747.


11. PECAH TELUR TERBANYAK


Sivasamy a/l Balakrishnan yang berasal dari Kampung Panaikkulam, Perak memecahkan 25 biji telur dalam masa 30 saat. Dia meletakkan telur di belakang tapak tangan dan memecahkan telur tersebut menggunakan pergelangan tangan. Rekod tersebut dibuat pada 20 September 2005 di tempat kerjanya di Restoran Naina Mohammed di Ipoh, Perak.


12. NAGA API TERPANJANG

Ciptaan buatan tangan yang berukuran 118.54 x 1 x 91.04 cm yang diiktiraf oleh Guinness Book Of Record sebagai naga terpanjang di dunia. Ia dipamerkan di kompleks membeli belah di Kuala Lumpur pada 1988 sempena tahun naga.


13. KUMPULAN PERTAMA MEMANJAT KLCC

Pada 28 Ogos 1997, Jabatan Bomba dan Penyelamat telah membuat demonstrasi operasi menyelamat dimana 21 penyelamat turun daripada Bangunan Berkembar Petronas (KLCC). Mereka turun secara individu daripada tingkat 88 pada ketinggian 451.9 meter dengan menggunakan 9,840 meter tali. Keseluruhan operasi mengambil masa 20 minit.

14. SINGKATAN NAMA TERPANJANG

Singkatan nama terpanjang di dunia adalah S.K.O.M.K.H.P.K.J.C.D.O.W.B iaitu singkatan untuk Syarikat Kerjasama Orang-orang Melayu Kerajaan Hilir Perak Kerana Jimat Cermat dan Pinjaman Meminjam Wang Berhad. Singkatan terpendek untuk nama tersebut adalah S.K.O.M.K

15. DAUN YANG TIDAK TERBELAH PALING BESAR


Daun ini adalah Macrorrhiza yang dijumpai di Tawau, Sabah. Spesimen ini ditemui pada tahun 1966 dengan panjang lebih 3 meter dan lebar 1.9 meter. Merupakan tumbuhan tidak berkayu yang mempunyai bentuk seperti jantung yang berisi selalunya dijumpai di kawasan yang lembap.

16. SUSUNAN TIN PIRAMID TERLAJU

Pada 23 September 2000, sekumpulan pelajar daripada kolej INTI, Subang Jaya telah membina piramid daripada tin minuman selama 24 minit 54 saat. Sebanyak 9,455 tin digunakan untuk projek ini. Dengan 30 tin x 30 tin pada dasar, piramid tersebut setinggi 3.5 meter dan dibuat di Mid Valley Megamall. Kumpulan ini membabitkan 12 orang pelajar.

17. BUNGA TERBESAR


Bunga terbesar di dunia adalah bunga Rafflesia. Bunga tersebut boleh membesar sehingga mencapai diameter 91 cm. Arnoldii adalah spesis yang terbesar diantara 16 spesis yang hanya boleh ditemui di kawasan Tenggara.

Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan