1. SUNGAI LIWAGU, RANAU - SABAH
Sungai Liwagu adalah lebih panjang dan lebih jauh berbanding sungai lain untuk aktivitiwhite water rafting. Sungai ini sebelum ini hanya diteroka oleh pengembara tegar, namun baru-baru ini sebahagian besar sungai telah dibuka kepada orang ramai. Ekspedisi ini mengambil masa kira-kira 4 jam dengan banyak jeram yang terdiri daripada gred 1 sehingga 3.
Aktiviti rafting di Sungai Liwagu ini dicadangkan untuk dilanjutkan kepada dua hari kerana ia terlalu panjang. Berhenti separuh jalan, tidur satu malam di dalam hutan, kemudian sambung pengembaraan pada hari kedua selama 4 jam dengan jeram yang lebih mendebarkan.
Harga: RM205 - RM235 satu kepala (sehari)
2. SUNGAI KIULU, KOTA KINABALU - SABAH
Aktiviti white water rafting di Sungai Kiulu adalah sesuai bagi mereka yang inginkan cabaran yang agak sederhana dan santai. Diklasifikasikan sebagai gred 1 sehingga gred 2, menjadikannya aktiviti yang sangat ideal untuk peringkat entry-level.
Jarak berakit paling jauh adalah 15 kilometer apabila paras air tinggi, dan 7 kilometer pada paras air biasa dan akan mengambil masa sekitar 1 jam setengah hingga 2 jam.
Harga: RM140 - RM170 satu kepala
3. SUNGAI PADAS, KOTA KINABALU - SABAH
Sungai Padas, nama yang tidak asing lagi dengan aktiviti white water rafting. Sungai ini dikatakan mempunyai jeram yang paling mencabar dan air yang paling deras di Malaysia. Senang kata, peserta mesti akan jatuh dari bot, tidak kira ketika air pasang atau air surut.
Air sungai ini tidak jernih dan berwarna coklat, tetapi pengalaman berakit di sini amat menguji katahanan mental dan fizikal. Rafting di Sungai padas adalah sepanjang kira-kira 13-14 kilometer dengan menawarkan jeram deras gred 3 hingga gred 4 yang panjang. Memang mencabar!
Harga: RM210 - RM250 satu kepala
4. SUNGAI LOH, DUNGUN - TERENGGANU
Sungai Loh di Dungun, Terengganu merupakan tambahan terbaru untuk aktiviti white water rafting di Malaysia. Pengembaraan ke dalam Hutan Lipur Bumbung Raja yang masih perawan ini ternyata mendekatkan diri anda dengan alam semula jadi.
Sungai ini menawarkan beberapa jeram deras dari gred 1 sehingga gred 4 yang mencabar dan menyeronokkan. Di samping itu, perkhemahan untuk satu malam di kawasan yang belum terjamah ini akan menjadikan pengalaman lebih bermakna.
Harga : RM 150 - 250 satu kepala
5. SUNGAI SELANGOR, KUALA KUBU BARU - SELANGOR
Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu adalah satu-satunya destinasi untuk aktiviti white water rafting yang terdapat di Selangor. Sungai ini mempunyai jeras deras dari gred 2 hingga gred 4 dengan air yang sejuk dan jernih.
Rafting di sini mengambil masa kira-kira 3-4 jam bergantung kepada paras air dan saiz kumpulan. Ini merupakan aktiviti hujung minggu yang sempurna buat warga Kuala Lumpur yang ingin lari sebentar dari hiruk-pikuk kota.
Harga: RM150 - RM180 satu kepala
6. JERAM BESU, BENTA - PAHANG
Jeram Besu terletak di Sungai Lipis kira-kira 6 kilometer sebelum pekan Benta dan kira-kira 2 1/2 jam perjalanan dari KL. Tempat ini telah menarik banyak peminat white water rafitng dari seluruh negara sehingga ke Singapura.
Aktiviti water rafting di sini adalah lebih pendek berbanding kebanyakan sungai yang lain. Adalah lebih baik untuk menggabungkan ia dengan mana-mana aktiviti outdooryang lain seperti Flying Fox, 4 Wheel Drive Adventure dan Caving.
Harga: RM140 - RM200 satu kepala
7. ULU SLIM, SLIM RIVER - PERAK
Panjang sungai di Slim River adalah lebih kurang 6 kilometer dengan jeram dari gred 1 hingga gred 3. Sungai ini berbatu dengan banyak saluran sempit dan selekoh tajam yang mencabar ketahanan fizikal dan mental peserta.
Kecenderungan untuk jatuh dari bot adalah sangat tinggi. Oleh itu, peserta harus bersedia untuk menempuh sungai deras di Slim River ini.
Harga: RM140 - RM170 satu kepala
8. SUNGAI ITEK/ SUNGAI KAMPAR, GOPENG - PERAK
Sungai Kampar mempunyai 22 jeram berbeza yang terdiri daripada gred 2 hingga gred 3. Dari menangani jeram besar, sehinggalah ke menikmati keindahan hutan hujan yang subur dan tenang, masa yang dihabiskan dengan alam semula jadi akan menjadikan hari anda penuh menyegarkan.
Water rafting di Sungai Kampar adalah sangat sesuai bagi peserta yang tidak mempunyai pengalaman. Ribuan belia dan ahli korporat telah pun menjadi saksi dan kesemua mereka menghabiskan masa dengan sangat seronok.
Harga: RM130 - RM150 satu kepala
9. SUNGAI SEDIM, KULIM - KEDAH
Sungai Sedim adalah tempat yang popular untuk aktiviti white water rafting di Kulim, Kedah. Sungai ini mempunyai regangan sepanjang 15 kilometer dengan air mengalir laju beserta jeram deras yang sangat baik untuk aktiviti rafting.
Sungai Sedim mempunyai 24 jeram yang mencabar di sepanjang sungai antaranya Salak Drop, Triple Rapid, Kasai Drop, Wall Drop, Lower Head Dam, Kawah Rapid, Jelutong Rapid, Rodeo Rapid, Slip Lip Rapid dan Cyclone Hole.
Harga: RM150 - RM180 satu kepala
0 komen :
Catat Ulasan