Seorang wanita berusia 30-an telah ditangkap di Lapangan Terbang Colombia pada 9 November lepas kerana cubaan menyeludup dadah. Wanita yang dikenali sebagai Rosario Santos itu dikatakan cuba menyeludup dadah jenis kokain yang dianggarkan bernilai $250,000 itu dengan cara yang baru, iaitu melalui implan buah dada. YA, anda tidak salah membaca, memang benar wanita tersebut ke Colombia di bawah nama pelancongan perubatan.
Pelancongan perubatan merujuk kepada mereka yang membuat perjalanan keluar dari negara asal mereka untuk mendapatkan rawatan perubatan di tempat lain. Kadang-kala, mereka dirawat oleh pakar bedah bertaraf dunia yang berpangkalan di hab antarabangsa, tetapi lebih gemar ke negara membangun dalam mencari pilihan rawatan yang lebih murah kerana saingan. Amerika Tengah dan Selatan adalah destinasi yang biasa untuk wanita yang ingin meningkatkan penampilan mereka dengan pembedahan plastik pada harga diskaun.
Rosario telah diperdaya untuk terbang ke Colombia dan membawa pulang kokain bernilai $250,000 melalui implan payudara barunya sebagai pertukaran untuk pembesaran payudara sebenar yang bernilai $10,000. Sarjan Ronaldo Vargas berkata, beliau tahu ada sesuatu yang luar biasa tentang Rosario apabila beliau berkelakuan pelik di bahagian kastam.
"Jumlah masa beliau tinggal di negara ini kerana melakukan pembedahan menjadi keraguan dan cerita beliau tentang pembedahan juga amat tidak logik" - kata Sarjan Ronaldo Vargas.
"Dadanya mula bocor yang mendorong kami melakukan ujian x-ray dan menunjukkan beliau telah beberapa kali melakukan pembedahan yang sama. Selepas menguji bahasa susu yang agak tebal pada buah dadanya, sememangnya ia penuh dengan kokain cair bernilai $250,000!"
Rosaria yang mempunyai dua kerakyatan di Colombia dan Amerika Syarikat sedang bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa AS dan berkata dia gembira kerana ditangkap dan mahu membetulkan semula kesalahan beliau.
0 komen :
Catat Ulasan