10 PERKARA PERLU DIELAKKAN BILA BERADA DI ARAB SAUDI


Seorang lelaki warga Britain telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara di Arab Saudi akibat daripada meminum alkohol / arak di khalayak ramai. Tahukah anda apakah undang-undang di Arab Saudi?.

Seperti yang kita maklum, ramai juga warga Malaysia yang berkunjung ke Arab Saudi dan tidak kurang ada yang bekerja di sana untuk mencari rezeki. Pasti mereka yang sudah lama menetap di sana tahu apakah pantang larang yang perlu diikuti apabila berada di Arab Saudi. 

Arab Saudi merupakan negara Islam yang sangat mementingkan kepatuhan kepada undang-undang apabila berada di negara mereka. Walaupun sekecil mana pun kesalahan yang dibuat, tetap ada hukuman yang akan diberikan. Undang-undang ini dicipta bagi mendisiplinkan rakyat mereka dan juga pelancong yang datang melawat ke negara teluk itu.

Jom kita lihat apa perkara yang perlu dielakkan apabila kita berada di Arab Saudi.

1. DILARANG - PORNO

Sebarang bentuk bahan lucah tidak kira di telefon, tablet atau komputer anda mungkin akan membuat anda di dalam kesusahan apabila menjejakkan kaki di bumi Arab Saudi. Walaupun hanya sekadar gambar atau ilustrasi yang seksi atau mengghairahkan terutama perempuan, ia tetap dilarang.

Tahukah anda?. Pihak kastam Arab Saudi boleh dan akan memeriksa telefon bimbit anda untuk melihat sebarang gambar atau video yang tidak sepatutnya dan mereka berhak untuk merampas barangan anda jika perlu.

2. DILARANG - MENGAMBIL GAMBAR BANGUNAN


Anda datang ke sana untuk bercuti dan memang perancangannya anda akan mengambil sebanyak mungkin gambar yang menarik di sana, betul?. Tetapi, berhati-hati apabila mengambil gambar bangunan kerajaan, fasiliti ketenteraan dan beberapa tempat yang tidak dibenarkan untuk diambil gambar. Rakyat Malaysia memang sangat suka berselfie tetapi berhati-hati ok!

Satu lagi perkara yang dilarang adalah mengambil gambar penduduk tempatan terutama lelaki tanpa mendapat kebenaran daripada mereka & jangan sesekali menghala kamera anda tepat pada perempuan kerana itu telah dianggap mencabul hak peribadi mereka. 

3. DILARANG - MAKAN, MINUM ATAU MEROKOK DI KHALAYAK UMUM

Setiap tahun, akan datang satu bulan yang memerlukan umat Islam berpuasa selama sebulan iaitu bulan Ramadhan, bulan kesembilan dalam kalendar islam. Jangan sesekali berani makan, minum atau merokok di khalayak ramai ataupun denda yang berat akan menanti anda. Kalau anda Islam sudah tentu lah anda tahu apa hukumnya kan?.

4. DILARANG - SANDWIC SOSEJ

Bercerita tentang makan dan minum, jangan mengharapkan anda dapat makan makanan yang sama di luar negara lain ataupun di tempat sendiri. Bagi yang suka memakan makanan berunsurkan babi ataupun makanan yang diharamkan oleh Islam, perkara itu dilarang sama sekali di Arab Saudi. Malahan pembuatan makanan berunsurkan babi juga dilarang sama sekali.  

5. DILARANG - MEMAKAI BARANGAN  BERWARNA MERAH PADA SAMBUTAN HARI KEKASIH

Terdapat laporan mengatakan bahawa kedai bungai dan kedai hadiah dilarang menjual ros merah, hadiah berbentuk hati atau barang-barang yang berkaitan dengan Hari Kekasih. 

Undang-undang itu telah diputuskan oleh 'Committee for the Promotion of Virtue and the Prevention of Vice (CPVPV)'. Perayaan ini hanyalah sekadar hari cuti, tetapi bukanlah sambutan yang sememangnya diharamkan oleh Islam. Sambutan ini lebih banyak memberi keburukan berbanding kebaikan. Sama juga di Malaysia, apa sudah jadi bila tibanya Hari Kekasih?.

6. DILARANG - KE PANGGUNG WAYANG

Jika anda ingin menonton cerita terbaru James Bond, anda sebenarnya patut meninggalkan Arab Saudi untuk melihat cerita terbaru aksi pengintip terkenal itu. Perkara itu disebabkan boleh terjadi sesuatu perkara yang tidak sepatutnya antara perempuan dan lelaki jika tanpa pengawasan serta boleh merosakkan rumah tangga seseorang.

Kebanyakan rakyat Arab Saudi akan ke Bahrain jika ingin menonton filem terbaru keluaran Hollywood.

7. DILARANG - MEMPELAJARI ALATAN MUZIK DI SEKOLAH

Piano selalu kelihatan bagus pada data peribadi seseorang kerana menunjukkan bakat seseorang itu tetapi jika anda ingin mempelajarinya, ia perlulah melalui kelas pembelajaran tertutup dan privasi.

Pembelajaran muzik adalah dilarang di khalayak ramai dan jika betul-betul ingin mempelajarinya, anda perlulah belajar secara 'underground'. Pemerintah mengatakan muzik ini banyak melalaikan. 

8. DILARANG - PEREMPUAN KE GYM


Di Arab Saudi, hanya lelaki sahaja dibenarkan untuk bersukan di gym. Perempuan dilarang sama sekali ke tempat itu dan nasihat yang diberikan adalah bersenam naik dan turun tangga sahaja di rumah. 

Gym khusus untuk wanita pernah dibuka sehinggalah ia ditutup kembali oleh Jabatan Agama di sana.

9. DILARANG - PEREMPUAN MEMANDU KERETA

Memandu perlahan seperti perempuan?. Sememangnya ramai yang tahu, perempuan adalah dilarang memandu tidak kira apa kenderaan di Arab Saudi. Mungkin untuk mengelakkan perempuan menjadi mangsa buli pemandu lelaki. 

Mereka hanya dibenarkan memandu di padang pasir ataupun kawasan yang privasi. Ada yang mengatakan perempuan dibenarkan mengendalikan pesawat tetapi bukan kereta. Pelik.

10. MINUM ARAK DI DALAM KAPAL TERBANG YANG MENUJU KE ARAB SAUDI

Jangan sesekali tiba di Arab Saudi ketika anda dibawah pengaruh alkohol. Dan juga jangan sesekali minum di dalam pesawat yang sedang menuju ke Arab Saudi. Penalti dan denda akan dikenakan jika anda didapati dibawah pengaruh alkohol dan kemungkinan anda akan dipenjarakan atas sebab itu.

Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan