SELEPAS CHINA, JEPUN PULA TUNJUK BELANG

Selepas China berjaya dengan projek kapal terbang komersial berskala besar mereka, kini Jepun pula mula tunjuk taring dengan pengenalan penerbangan sulung pesawat penumpang syarikat gergasi permotoran negara matahari terbit itu, Mitsubishi. 

Jet penumpang komersial itu yang sebenarnya telah memulakan projek mereka 50 tahun yang lalu, telah membuat penerbangan sulung mereka pada semalam. Pesawat 100 tempat duduk itu yang dikenali sebagai Mitsubishi Regional Jet (MRJ), telah melakukan penerbangan selama 1 jam, berlepas dari Lapangan Terbang Nagoya.

Mitsubishi Heavy Industries yang membina pesawat pejuang Zero ketika Perang Dunia II berharap pesawat komersial yang berharga $47 juta itu dapat menyaingi pengeluar kedua terbesar dunia bagi pesawat penumpang kecil, Bombardier Inc dari Kanada.

MRJ merupakan pesawat penumpang komersial pertama Jepun selepas 64 tempat duduk YS-11 memulakan penerbangan 50 tahun lalu. Pesawat pertama MRJ akan mula diterima pelanggan pada Jun 2017 dan salah satu pelanggan mereka adalah syarikat penerbangan terbesar Jepun, ANA Holdings. 

Mitsubishi merancang menjual lebih daripada 2,000 buah pesawat itu dan sekarang telah menerima 233 tempahan dengan kuantiti tempahan terbesar datangnya daripada syarikat tempatan Amerika Syarikat, Trans State Holdings dengan jumlah 100 buah pesawat.

Menurutu Mitsubishi, MRJ mampu mengurangkan sehingga 20% bahan api, dengan menggunakan enjin Pratt & Whitney. Percubaan Jepun untuk memasuki pasaran penerbangan komersial melalui konsortium yang turut membabitkan Mitsubishi untuk mengeluarkan YS-11 gagal. Hanya 182 pesawat itu dibina. Selepas itu, Mitsubishi telah menjadi pembekal utama kepada Boeing Co, termasuk sayap pesawat.




Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan