KENAPA JEPUN SENTIASA TERBAIK DARI SEMUA SUDUT?


Kehadiran kami ke Jepun nie menuntut satu muhasabah kepada diri dan akhlak sendiri. Antara matlamat dan tugasan harian setiap dari orang Jepun ialah mempermudahkan hidup orang lain dan menambah kebaikan diri. Mereka akan usaha apa saja untuk memastikan sesuatu itu mudah bagi semua orang, walaupun untuk orang yang kurang upaya. Hampir semua benda bersistem dan nampak jelas ianya dibuat dengan penuh teliti dan ada falsafah atau teknologi di sebaliknya.

Semasa teh nie dituangkan kedalam 3 cawan kami, mula2 dia tuangkan separuh penuh. Bila dah ke3-3 cawan separuh penuh, baru dia tambah separuh lagi kepada semua cawan. Bila ditanya, kenapa pelik sangat cara dia tuang? Kenapa tak tuang penuh terus? 

Jawapannya, sebab dia nak pastikan semua cawan dapat jumlah teh yg hampir sama. Dia risau kalau dia tuang penuh untuk cawan pertama, cawan terakhir akan dapat teh yg kurang berbanding dua cawan sebelumnya....
Itu baru cara tuang teh.... 

Banyak lagi benda kecik yang pada kita mungkin terlalu remeh untuk difikirkan atau buang masa kalau nak dibuat dengan teliti, tapi pada mereka ianya tetap perlu dibuat dengan sistem. Tak hairan la teknologi untuk mempermudahkan kehidupan banyak dihasilkan disini.

Bab diri sendiri pula, prinsip yang Islam tekankan, seorang muslim yg baik ialah muslim yang mampu menjadikan "hari nie lebih baik dari semalam". Subhanallah, memang itu pegangan mereka disini. Masing2 diajar untuk berlumba2 buat improvement. Memang ada dikalangan mereka yang tak peduli pun dengan prinsip nie, tapi majoritinya, memang mengamalkan ini sebagai budaya seharian.

Dalam sistem pendidikan mereka pula, antara ilmu penting selain akademi ialah adab dan kemahiran. Hampir semua pelajar Jepun seawal usia 5-6 tahun dibekalkan dengan "moral" dan "asas kemahiran" yang pastinya sangat berguna walaupun jika pelajar ini tidak cemerlang dalam pelajaran.

Masa makan, anak perempuan keluarga nie tunjuk video dia menunggang kuda.. Nampak sangat mahir. Jadi saya kata,

"Dalam Islam, menunggang kuda, berenang dan memanah adalah antara perkara yang dianjurkan untuk dipelajari oleh setiap muslim".
Mendengar ucapan tu, si ayah kepada gadis nie berkata 
"Kalau gitu anak perempuan saya nie dah hampir muslim la, sebab memang dia buat semua benda tu.."
Banyak lagi benda menarik yg kami dapat sepanjang berkunjung ke rumah mereka nie. Kadang2 jadi malu dan tersentap sendiri. Seolah2 mereka ini sedang mensyarahkan Islam kepada kami yg belum mengenali akhlak Islam.. Dan memang mereka layak untuk bersyarah, sebab ianya adalah amalan mereka seharian. Wallahua'lam

Kredit : ZonKuliah
Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan