10 TEMPAT AWESOME YANG PATUT ANDA LAWAT

Ada sesetengah tempat di dunia ini sangatlah cantik dan indah, tetapi jarang diketahui oleh umum. Antara sebabnya ialah kemudahan pengangkutan yang terhad dan sememangnya jarang didedahkan kepada umum untuk menjadikan keindahan tempat itu sentiasa terjaga daripada pencemaran. 

Kami berkongsi 10 tempat menarik yang mungkin anda tidak tahu, tetapi perlu dilawati kerana ianya sangat cantik!

1. MAURITIUS

Terletak di Maldives, dan berada di timur kepulauan Madagascar. Mauritius merupakan kepulauan kecil yang sangat cantik untuk diteroka terutama di dasar laut, syurga bagi penyelam. 

2. AIX-EN-PROVENCE, PERANCIS

Sememangnya kita tahu, Paris adalah tempat yang sangat indah terutama bagi pasangan yang ingin berbulan madu. Tetapi jika anda berada di sini untuk beberapa hari dan lebih-lebih lagi ketika musim bunga, anda pasti akan berkata ' Anda tidak bergurau bukan?'.

3. AEOLIAN ISLAND, ITALI

Sememangnya Kepulauan Amalfi yang tidak boleh dipertikaikan keindahannya, tetapi bukan itu sahaja kepulauan yang cantik yang terdapat di sana. Tempat ini juga merupakan tempat yang disenaraikan dalam UNESCO - tempat bersejarah yang dilindungi. Selain daripada rumah-rumah penginapan yang sangat cantik, sambil dihidang dengan wine Malvasia, anda juga boleh berehat di tepi pantai yang cantik dan privasi.

4. KYOTO, JEPUN

Tokyo adalah segalanya bagi Jepun. Tetapi, selepas anda melencong sedikit, terbang ke Kyoto (lebih mudah ambil keretapi laju selama 3 jam), anda akan dapat lihat tokong-tokong yang cantik, pokok ceri dan hutan kayu buluh yang sangat indah. 

5. CARTAGENA, COLOMBIA

Jika anda merupakan peminat bandar-bandar lama yang sangat cantik seperti Barcelona dan Rom, anda patut jadikan tempat ini yang terletak di Amerika Selatan sebagai destinasi yang seterusnya.

6. PERITO MORENA GLACIER, ARGENTINA

Tidak mampu ke Alaska, inilah tempat yang sepatutnya untuk anda melihat glaciers yang berumur 2 juta tahun. 

7. BOULDERS BEACH, AFRIKA SELATAN

Anda suka penguin?.Pernah lihat penguin di depan mata?. Sedikit sahaja keluar daripada Cape Town, anda akan dapat melihat kehidupan sebenar penguin yang berkeliaran tanpa sekatan di sekitar pantai-pantai dan laut yang sangat cantik dan bersih. Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan penguin yang jinak dan mesra pada manusia.

8. JURA MOUNTAINS, PERANCIS

Jika anda merupakan peminat wine, lupakan tentang Burgundy & Napa. Wines daripada pergunungan ini adalah campuran Perancis dan Switzerland. 

9. THE BLUE LAGOON, ICELAND

Kenapa perlu berbelanja besar untuk mendatkan perkhidmatan spa yang mahal pada hujung minggu?. Anda boleh melawat Lagun Biru yang paling popular untuk dilawati di dunia dengan bermodalkan hanya $50 sahaja. Walau apa pun musim yang mendatang, kehangatan kolam ini tetap sama pada setiap tahun. 

10. GIRAFFE MANOR, KENYA

Ya! Apa yang anda lihat itu adalah benar. Sememangnya terdapat hotel di Nairobi, dimana zirafah yang sangat mesra pada manusia akan masuk ke dalam untuk bersama-sama dengan mereka. Menarik bukan?
Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan