WANITA HAMPIR MAUT DITOLAK KE LANDASAN KERETAPI


Seorang lelaki telah ditahan dan dikenakan tindakan atas tuduhan membunuh selepas beliau didapati telah menolak seorang perempuan Muslim ke dalam landasan keretapi di London Underground. 

Rakaman CCTV menunjukkan lelaki itu berdiri di belakang wanita terbabit sebelum menolak beliau ke arah landasan keretapi semasa keretapi tiba di hentian tersebut. Mangsa yang ditolak telah terhentak pada badan keretapi yang masih lagi bergerak sebelum melantun semula pada platform keretapi. Wanita itu kemudian dibantu orang ramai yang berada di sekelilingnya. Kejadian itu berlaku di stesen Piccadilly Circus. 

Jurucakap British Transport Police berkata, wanita itu terselamat dan mengalami kecederaan ringan. Dia telah dirawat oleh pasukan perubatan sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Kejadian seperti ini adalah diluar jangkaan dan sangat jarang berlaku" kata Steve Burton, Pengarah Operasi Pengangkutan London
"Kakitangan kami bertindak pantas membantu wanita itu dan penumpang yang lain. Kami akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis untuk membantu siasatan" tambahnya lagi.
Suspek kini telah berada di dalam tahanan dan akan dihadapkan ke Mahkamah Blackfriars Crown pada 25 November ini.


Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan