GARA-GARA KENTUT, PESAWAT TERPAKSA MENDARAT CEMAS


Macam-macam hal.
Sebuah pesawat kargo milik Singapore Airlines, terpaksa membuat pendaratan cemas gara-gara gas yang terhasil daripada kentut dan najis 2,186 ekor kambing biri-biri mengaktifkan penggera kebakaran.

Menurut laporan Aviation Herald, kejadian itu berlaku pada 26 Oktober lalu apabila pesawat Boieng 747-400 yang dalam penerbangan dari Adelaide, Australia ke Kuala Lumpur, terpaksa dialihkan ke Bali, Denpasar untuk melakukan pendaratan kecemasan.

Jelas laporan tersebut, sejurus sahaja mendarat, pasukan kecemasan melakukan pemeriksaan dan mendapati tiada kebakaran, peningkatan suhu atau asap dikesan.

“Siasatan lanjut mendapati penggera kebakaran terpasang disebabkan bau gas kentut dan najis yang dilepaskan oleh biri-biri.

“Penerbangan SQ-7108 berlepas semula selepas berhenti selama dua jam setengah di Indonesia dan tiba lewat selama dua jam di destinasinya,” tambah laporan berkenaan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan nasib kesemua biri-biri berkenaan apabila tiba di Malaysia. Laporan terbaru mengatakan belum ada bukti yang sahih mengatakan bahawa gas daripada kentut kambing menjadi punca kejadian tersebut. 
Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan