BERHATI-HATI APABILA KE FILIPINA




Cerita ini nampak pelik tetapi sebenarnya sangat merbahaya kepada pelancong yang tidak tahu mengenainya. Ingat, dalam sebakul epal pasti ada sebiji dua yang busuk. Sama juga kisahnya dengan penguatkuasa keselamatan di Lapangan terbang Manila, Filipina.

Tugas penguatkuasa keselamatan lapangan terbang adalah untuk merampas barang-barang yang berbahaya dari beg pakaian pelancong yang mendaftar masuk di lapangan terbang tetapi kes yang terjadi baru-baru ini sangat mengejutkan. Kejadian memalukan itu telah berlaku di Lapangan Terbang Manila, Filipina dimana kakitangan keselamatan dikatakan telah menjatuhkan peluru ke dalam beg penumpang yang tidak mencurigakan.

Tindakan itu bagi mencari kesalahan pada penumpang tersebut supaya beliau membayar denda akibat kesalahan membawa masuk barang larangan. Pegawai undang-undang telah dipanggil untuk menjalankan siasatan sehingga memasa penumpang memberi wang denda dan mengancam mereka untuk mengenakan tindakan atau menangkap mereka kerana kesalahan membawa peluru yang sememangnya menyalahi undang-undang.
"Ini kejadian yang amat memalukan kami di peringkat antarabangsa," kata Sherwin Gatchalian
Sherwin yang juga ahli jawatankuasa pelancongan di Dewan Rakyat berkata, beliau telah memberi amaran kepada mereka yang terlibat dalam insiden itu dan berkata,
"Mereka tidak takut untuk mencari mangsa orang asing". 
Dalam kejadian yang telah dibongkar sendiri pihak berkuasa Filipina, seorang pekerja Filipina dan pelancong Jepun adalah penumpang terbaru yang ditahan dalam kejadian penipuan dan khianat di pintu masuk utama negara Asia Tenggara itu. Sasaran lain dilaporkan telah dibawa ke mahkamah kerana enggan membayar denda atas kesalahan itu.

Pengawasan telah ditingkatkan untuk menyiasat dengan teliti kejadian tersebut. 
"Tidak ada sistem kerja yang mengawal penguatkuasa keselamatan." kata Senator Ralph Recto.
Sumber :BBC
Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan