PERKARA MENARIK TENTANG MALAYSIA

Mungkin ada beberapa perkara yang anda tidak tahu tentang Malaysia. Banyak lagi sebenarnya perkara-perkara menarik yang berlaku di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, anda sepatutnya berbangga ada beberapa perkara yang menjadi bualan sehingga di luar negara dan lebih membanggakan ia adalah rekod dunia. Jom kita tengok apa yang menarik tentang Malaysia.

1. STESEN KERETAPI KUALA LUMPUR


Stesen kereta api ini telah dibina ketika zaman British lagi. Stesen ini telah direka mengikut piawaian yang ditetapkan oleh British ketika zaman itu. Stesen tersebut direka untuk menahan beban salji setinggi dua kaki walaupun Malaysia bukanlah negara yang mengalami musim salji. Oleh kerana itu adalah spesifikasi yang telah ditetapkan, maka kena la ikut juga.

2. KILAT PALING KERAP


Kuala Lumpur merupakan bandar yang paling kerap menerima panahan kilat berbanding bandar-bandar lain di seluruh dunia. Di Kuala Lumpur, kerap terjadi kejadian ribut petir dan puratanya adalah kira-kira 200 hari kejadian ribut petir dicatatkan dalam masa setahun. Di London, hanya sekitar 20 hari sahaja kejadian ribut petir berlaku manakala di New York hanya sekitar 10 hari.

3. JAMBATAN GANTUNG TERTINGGI DI DUNIA



Bagi yang pernah mendaki Gunung Kinabalu pasti mereka akan tahu dimanakah jambatan gantung tersebut berada. Jambatan gantung tertinggi di dunia terletak di Gunung Kinabalu. Jambatan itu yang merupakan penghubung jalan untuk ke puncak Gunung Kinabalu terletak pada paras 3,600 meter dari aras laut. Jambatan gantung itu diberi nama Walk The Torq.

4. SERANGGA PALING PANJANG

Pada tahun 2008, seekor serangga telah dijumpai di Sabah dan telah diiktiraf sebagai serangga terpanjang di dunia. Serangga yang diberi nama Chan's Megastick itu telah diukur dan mempunyai kepanjangan 357mm (14.1 inci).


5. JUMLAH LIPAS TERBESAR

Jumlah lipas terbesar yang pernah dijumpai di dunia adalah di dalam Gua Gomantong, Sabah. Jumlahnya hampir memenuhi keseluruhan gua tersebut.


6. DURIAN DAN KELAWAR

Menutur kajian, debunga pada pokok durian hanya akan mekar pada waktu malam sahaja. Kelawar merupakan agen pendebungaan utama bagi pokok durian.Menutur Dr. Christine Fletcher, bunga yang telah disebar oleh kelawar menghasilkan buah durian yang lebih baik dan lebih banyak.

Pada tahun 2013, di kawasan rizab hidupan liar di Banjaran Titiwangsa, sekitar lingkungan 3 kilomter, terdapat hampir 69 jenis spesis kelawar telah mendiami kawasan tersebut. Jumlah itu terlalu banyak sehinggakan keseluruhan kawasan di Britain hanya mempunyai 15 jenis spesis kelawar sahaja. Dah masuk sekali dengan Keluang Man?


7. KUBUR PERINGATAN UNTUK HAIWAN PELIHARAAN


Pasti anda tahu kawasan perkuburan Nirvana Memorial Park yang terletak di Semenyih. Di sebalik menempatkan kubur untuk manusia yang telah mati, pengurusan kubur tersebut juga menyediakan khidmat kubur peringatan untuk haiwan yang telah mati. Pelanggan boleh memilih jenis kubur dan patung untuk kubur haiwan mereka. 

Seperti kepercayaan masyarakat Cina yang sentiasa memastikan kubur dibersihkan setiap masa, kepercayaan itu juga diaplikasikan pada kubur peringatan haiwan mereka yang sentiasa dijaga rapi.

Di situ juga terdapat sebuah tugu naga yang begitu besar pada pintu masuk kawasan tersebut. Tahukah anda di dalam tugu tersebut merupakan bilik yang menempatkan kira-kira 6000 peti simpanan abu mayat?.


8. BAHASA YANG PELBAGAI


Malaysia merupakan antara negara yang paling unik di seluruh dunia. Bukan sahaja mempunyai pelbagai jenis kaum, malah mempunyai bahasa yang sangat banyak.

Di Malaysia, terdapat kira-kira 140 jenis bahasa yang diguna pakai oleh pelbagai bangsa yang ada di Malaysia. Perbezaan itu adalah dari segi dialek dan maksud sesuatu bahasa. 

Di Semenanjung, jumlah itu agak mengarut apabila dibilang tetapi jumlah itu menjadi logik apabila Sabah & Sarawak turut serta dalam senarai kerana di sana sahaja hampir 90 jenis bahasa telah dikenalpasti.


9. NAMA PROTON SAGA



Bagaimana Proton Saga mendapat nama pada kereta keluaran pertama syarikat permotoran negara ini. Kajian menunjukkan, hampir semua jawapan yang diberikan adalah daripada biji buah Saga. 

Jawapannya adalah SALAH!. Nama Saga telah diambil bersempena dengan permainan Scrabble yang ketika itu dimainkan oleh Ismail Jaafar dan rakan-rakannya. Individu tersebut bertanggungjawab dalam memberikan nama Saga. 

Beliau telah bermain permainan Scrabble bersama rakan-rakannya pada suatu petang dan beliau menjumpai perkataan Saga boleh memberikan maksud yang panjang iaitu :-

S - Safety

A - Achievement 
G - Greatness
A - Ability

Sekitar tahun 1989, Proton Saga merupakan jualan paling tinggi di UK. Bukanlah Mercedes, Volkswagen mahupun BMW!.

10. BULATAN TRAFIK TERBESAR (ROUNDABOUT)


Tahukah anda, bulatan trafik (roundabout) terbesar di dunia terletak di Putrajaya?. Saiz keluasan bulatan trafik itu bersamaan dengan keluasan 100 padang bola sepak. 

Bulatan trafik yang diberi nama Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah itu seluas 3.2 km dan di dalam kawasan tersebut mempunyai sebuah hotel dan tugu peringatan sempena pembukaan Putrajaya. Idea ini diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir sewaktu melawat Paris. 

Tahukah anda di situ juga terletaknya skrol WAWASAN 2020?.

Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan