LELAKI INI MABUK & TIDAK SENGAJA MENEMPAH PERCUTIAN MENAKJUBKAN

Jamie Ather merupakan seorang lelaki dari Scotland yang bekerja sebagai pegawai bank. Beliau yang berumur 24 tahun telah meluangkan masa malam minggu beliau dengan berhibur di kelab malam di Glasgow. Mungkin kerana terlalu mabuk, beliau yang bangun keesokan harinya sangat terkejut kerana didapati beliau telah menempah tiket penerbangan ke Rio, Brazil.

"Saya langsung tidak mengingatinya. Saya tidak merancang atau bermimpi untuk sebarang percutian pada tahun ini kerana kebanyakan duit simpanan saya habis digunakan pada percutian ke Vegas pada Februari lalu," kata Ather.
"Sata tidak memeriksa email saya sehingga pada Ahad tengahari apabila saya melihat satu syarikat penerbangan menghantar email dan mengatakan "Anda telah menempah tiket penerbangan ke Rio dan telah membayar penuh", saya berlari ke arah ayah saya dan berkata 'Awak tidak akan percaya perkara ini'!"
Ather cuba untuk membatalkan penerbangan tersebut pada Isnin tetapi gagal kerana dia telah terlepas waktu pembatalan 24 jam penerbangan. Ather mengakui ia adalah kesilapan beliau sendiri yang tidak sedar pada masa dan secara jujurnya menempah penerbangan ketika mabuk bukanlah perkara yang beliau sering lakukan. 


Naluri Ather mengatakan beliau tidak mahu pergi ke Rio, tetapi memandangkan tiket penerbangan yang mencecah $797, beliau harus pergi selain hanya membazirkan wang tersebut.

Beliau merasakan keselamatan di Amerika Selatan adalah tidak baik dan kebanyakan teman-teman juga merasakan begitu juga. Tetapi beliau memutuskan untuk tidak mengendahkan nasihat tersebut dan tetap pergi ke Rio. Ternyata keputusan beliau sangat tepat.


Beliau berpesta di pantai Copacabana, melawat Iguazu Falls (sempadan Brazil & Argentina) dan berkawan dengan sekumpulan haiwan di pusat santuari di Bahia. Beliau juga ke Peru untuk mendaki kawasan ke Machu Picchu!

Dan selepas itu, ternyata beliau tidak menyesal kerana "mabuk" pada malam itu.

Kongsi Di Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 komen :

Catat Ulasan